Leonardo Sahkan Barcelona Ada Buat Tawaran Untuk Neymar

neymar

Pengarah Sukan PSG, Leonardo menjadi perhatian ramai pada hari, ini apabila beliau memberikan kenyataan tentang situasi Neymar.

Menurut Leonardo, PSG ada menerima tawaran daripada Barcelona. Beliau berkata: “Buat masa ini tiada pasukan yang menawarkan kami hanya pakej wang tunai untuk mendapatkan Neymar.”

“Barcelona ada membuat tawaran namun ianya melibatkan pertukaran pemain. Dan kami tidak berminat dengan tawaran itu.”

“Barcelona satu-satunya pasukan yang sedang berunding dengan kami untuk perpindahan Neymar.”

“Barcelona sentiasa tahu apa yang kami mahukan. Tawaran pertama daripada mereka yang kami terima adalah tawaran bertulis, bertarikh 27 Ogos. Namun buat masa ini kami tidak ada sebarang persetujuan bertulis dengan Barcelona.”

“Saya mahu tegaskan dengan apa yang kami mahukan, dan apa yang mereka tawarkan, maka tiada persetujuan dicapai.”

Mengulas tentang laporan bahawa Dembele adalah antara pemain yang ditawarkan oleh Barcelona untuk memancing Neymar.

Leonardo menjelaskan PSG tidak ada sebarang rundingan dengan pemain tersebut.

Akhir sekali pengarah sukan PSG itu menyatakan, mereka masih lagi memberikan peluang untuk Barcelona memuktamadkan perjanjian sekiranya mereka mahu. Dengan syarat mereka menghormati dan memenuhi permintaan PSG.

“Adakah perjanjian ini masih boleh direalisasikan? Ianya bergantung kepada Barcelona. Masih ada masa sehingga hari terakhir perpindahan [deadline day].”

“Saya sudah berkali-kali menyatakan bahawa sekiranya ada kertas cadangan yang memuaskan hati kami maka kami akan mendengar tawaran dan Neymar boleh pergi.”

“Jika tidak maka Neymar masih kekal bersama kami kerana beliau ada baki kontrak di sini.”

“Neymar adalah pemain yang luar biasa. Dulu Saya tidak kenal beliau. Kini saya sudah mengenali beliau. Neymar ada hubungan yang sangat baik dengan kelab. Itu adalah benar.”

“Beliau boleh pergi sekiranya ada kelab yang mampu memenuhi tawaran kami. Namun buat masa ini masih belum ada.”

https://twitter.com/Twitugal/status/1167553614006620161?s=19

Seterusnya untuk menyatakan bahawa pemain itu sudah memberitahu beliau bahawa dia hanya mahu ke Barcelona dan bukannya ke Real Madrid ataupun Juventus.

Adakah Neymar mampu untuk merealisasikan perpindahan beliau ke Barcelona sekali lagi? Jika itu berlaku adakah ianya pembelian yang tepat oleh Barcelona? Kami mendengar pandangan anda Di ruangan komen anda.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN