Lennon Harap Pengurusan Celtic Labur Dan Bukannya ‘Simpan’ Wang Jualan Tierney

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Pengurus Celtic, Neil Lennon dengan beraninya meminta agar wang hasil penjualan Kieran Tierney dilaburkan semula untuk membeli pemain baharu.

Lennon sebelum ini menyatakan beliau tidak mahu menjual pemain tersebut. Namun keputussan akhir adalah di tangan pengurusan tertinggi.

Kehilangan Kieran Tierney pastinya dirasai oleh Celtic, dan Neil Lennon tidak mahu wang Tierney itu hanya masuk poket pemilik tanpa memberikan beliau dana untuk mendapatkan pemain baharu.

Lennon mengutamakan pencarian pengganti Tierney. Mereka sudah menandatangani Boli Bolingoli, namun pemain itu masih dirawat kerana kecederaan hernia.

Bercakap kepada BBC, Lennon berkata: “Saya berharap wang itu dapat dilaburkan untuk membeli pemain. Terdapat beberapa bahagian yang saya ingin perbaiki.”

Lennon kemudian memberitahu bahawa beliau tidak ada kuasa untuk menentukan situasi Tierney. Malah beliau sendiri tidak tahu bila Tierney menerima tawaran Arsenal secara rasmi.

Neil Lennon tidak mahu mengambil kredit di atas pembangunan Kieran Tierney kerana beliau baru tiba di Celtic. Beliau memberikan kredit kepada Brendan Rodgers dan Ronny Deila serta jurulatih akademi yang berjaya menghasilkan pemain yang hebat.

“Ia menunjukkan kerja yang dilakukan oleh orang di kelab, sama ada Brendan Rodgers, Ronny Deila atau orang-orang di akademi, dalam menghasilkan seorang pemain yang hebat, dia seorang bakat muda yang luar biasa dan seorang pemuda yang hebat,” tambah Lennon lagi.