‘Lemah’ – TMJ Pertikai Kemampuan Solskjaer

Boleh dikatakan hampir semua penyokong Manchester United kini tidak berpuas hati dengan Ole Gunnar Solskjaer.

Pengurus dari Norway itu dipercayai menjadi punca kepada prestasi buruk Manchester United pada hari ini.

Jika beberapa musim lalu, ramai yang masih ‘memberi muka’ kepada Solskjaer kerana strukur pasukan yang agak teruk seleps era Jose Mourinho.

Namun selepas ramai muka baharu dibawa masuk, termasuk nama-nama besar seperti Cristiano Ronaldo, Jadon Sancho dan Raphael Varane pada musim panas lalu, keadaan tetap tidak berubah.

Dengan kekuatan keseluruhan skuad yang ada pada hari ini, ramai bertanggapan Manchester United sepatutnya mampu memberikan cabaran untuk bersaing merebut kejuaraan Premier League – setelah menamatkan saingan musim lalu sebagai naib juara di belakang Manchester City.

Namun sebaliknya yang berlaku. Selepas sembilan perlawanan pada musim ini, Manchester United menduduki kedudukan ketujuh, lapan mata di belakang pendahulu Chelsea.

Prestasi buruk sejak beberapa minggu lalu, termasuk kekalahan memalukan 5-0 kepada Liverpool di Old Trafford pada malam tadi turut mengundang pelbagai reaksi.

TMJ kritik Solksjaer

Tidak ketinggalan mengkritik prestasi semasa Manchester United dan Ole Gunnar Solksjaer ialah pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Seperti semua sedia maklum, TMJ adalah sahabat baik kepada penyerang Manhester United daripada Portugal, Cristiano Ronaldo.

Melalui perkongsian tangkap layar di Instagram sejurus selepas kekalahan kepada Liverpool, TMJ tidak teragak-agak membidas pengendali dari Norway itu.

Mengulas mengenai pengurus Manchester United itu, TMJ berkata: “Pemain yang bagus, tetapi bukan jurulatih yang hebat,” kata TMJ.

“Tidak pernah cemerlang ketika melabur. Beli Maguire 100 juta, Leicester gunakan wang tersebut bina pusat latihan baharu dan berjaya menewaskan Man Utd 4-2 beberapa minggu lalu.

“Perbaharui [kontrak] dan perap Phil Jones. Sambung kontrak Juan mata. Ed Woodward… pilihan pemain dan jurulatih yang salah, dan belanjakan jumlah wang tidak masuk akal.

“Semuanya pelaburan yang membazir. Satu-satunya yang betul mengenai Manchester United adalah CR7 [Cristiano Ronaldo] dan Sir Alex.”

Pernah mahu beli saham Man Utd

Minat TMJ dengan Manchester United sememangnya diketahui umum. Pada Mac tahun ini, terdapat laporan pemilik JDT itu turut berminat membeli pegangan di dalam juara 20 kali Premier League itu.

“Manchester United adalah sebuah kelab yang mempunyai nilai komersil tinggi dan mengambil masa berdekad untuk ia turun,” ujar TMJ dalam satu kenyataan sebelum ini.

“Dari segi daya tahan [nilai komersil] meraka amat cemerlang. Kerana itulah saya cuba mengadakan pertemuan [bersama Man Utd].

Berdasarkan perkongsian terbaru dari TMJ, jelas sekali baginda juga kecewa dengan prestasi semasa Red Devils, dan Ole Gunnar Solskjaer sepertimana penyokong-penyokong Manchester United yang lain.

Bersabarlah TMJ.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN