Lelaki Terkaya Di Britain Ini Masih Berminat Untuk Membeli Chelsea

Chelsea

Individu terkaya di Britain, Sir Jim Ratcliffe masih tidak berganjak dengan pendirian untuk membeli Chelsea selepas mengeluarkan kenyataan yang beliau tidak mahu dipinggirkan dalam percubaan membeli kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Ratcliffe merupakan pemilik kepada syarikat gergasi bahan kimia, INEOS dan beberapa hotel terkemuka di Eropah, memiliki kekayaan sebanyak £21billion (RM114 bilion).

Beliau mula terbabit dalam sukan bola sepak selepas membeli sebuah kelab dari Switzerland iaitu FC Lausanne-Sport pada tahun 2017.

Ratcliffe menjawab soalan yang dibangkitkan wartawan mengenai status pembelian Chelsea dalam sidang akhbar selepas pelancaran penjenamaan semula pasukan berbasikal Team Sky kepada Team Ineos.

“Anda tidak akan katakan tidak, tetapi saya tak tahu bila perbincangan itu akan berakhir.”

“Saya rasa kami sudah mula membabitkan diri dengan bola sepak. Ia adalah sukan yang rumit, dunia yang rumit,”

Berita mengenai pembelian kelab London itu menarik perhatian media antarabangsa selepas Ratcliffe membuat tawaran untuk membeli Chelsea dari Roman Abramovich tahun lalu.

“Kami membeli kelab di Switzerland dan ia banyak mengajar kami. Kami tidak dapat mencapai ke tahap seperti mana dalam dunia perniagaan dan bahan kimia dengan sikap terburu-buru atau tindakan bodoh.

“Kami akui ia adalah dunia yang sangat rumit. Kami tidak terlalu terdesak untuk menamatkannya.”

Bagaimanapun, Abramovich masih belum memberi kata putus dan sedang dalam pertimbangan untuk menjual kelab itu pada harga sekurang-kurangnya £2.1billion (RM11.3 bilion).

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply