Lelaki Ini Kagum Dengan Banyaknya Kelab Liga Bola Sepak Negeri, Bukti Besarnya ‘Pool’ Bakat Australia

Penulis bola sepak Hairi Mohd sudi untuk berkongsi pengalaman beliau melihat sendiri beberapa aspek bola sepak di Australia dalam kunjungan beliau ke negara tersebut.

SemuanyaBOLA telah diberikan penghormatan untuk menerbitkan perkongsian yang dianggap beliau bermanfaat kepada semua.

Ikuti bingkisan beliau tentang liga negeri di Australia.

Struktur Asas

Liga bola sepak Australia terbahagi kepada dua bahagian iaitu A League (liga utama bola sepak Australia ) dan State league (liga Negeri-Negeri Australia).

Walaupun A League hanya terdiri daripada 10 buah pasukan, namun sebenarnya jumlah kelab-kelab bola sepak di Australia adalah terlalu banyak.

Terdapat ratusan kelab bola sepak yang beraksi dalam saingan State League di setiap negeri.

A League

Saingan Liga Profesional utama Australia ialah A League. A League tiada mempraktikkan sistem relegasi dan pasukan yang sama akan bersaing sesama sendiri saban tahun.

Suatu syarat yang ketat dikenakan oleh Federasi Bola Sepak Australia untuk kelab-kelab yang ingin bersaing dalam A League.

Setiap kelab perlu mempunyai Lesen A League dan semestinya A League menolak penyertaan kelab bola sepak yang berunsurkan perkauman atau etnik.

State League (Liga Bola Sepak Negeri)

Bagi State League pula, saingan ini dibagikan mengikut negeri iaitu dibahagikan kepada ACT, NSW, Northern NSW, Queensland, South Australia, Tasmania, Victoria dan Western Australia.

Bagi saingan liga negeri (State League), saingan ini hanya melibatkan saingan dalaman negeri.

Hal ini bermaksud kelab-kelab yang bersaing dalam State league hanya akan menentang kelab dari negeri mereka sahaja dan tidak akan bersaing dengan pasukan dari negeri lain.

Contoh: pasukan-pasukan di Victoria hanya bersaing sesama mereka, dan tidak melibatkan liga negeri NSW, Queensland dan negeri-negeri lain.

Jika A League diuruskan oleh FFA, State league diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak negeri. State league terbahagi kepada 7 divisyen iaitu:

  • NPL
  • NPL2
  • State League division 1
  • State League division 2
  • State League division 3
  • State League division 4
  • State League division 5.

Saingan state league dimulakan dengan liga pada tahap tertinggi iaitu NPL dan diikuti oleh liga divisyen kedua iaitu NPL2 yang dibahagikan kepada dua buah zon iaitu West dan East.

Bagi State League division 1 dan state league Division 2, setiap divisyen juga akan dibahagian kepada dua buah zon iaitu North-West dan South-East.

Manakala State League Division 3 hingga Division 5 kelab-kelab dibahagikan kepada 4 buah zon besar.

Liga Negeri Victoria

Untuk memahami dengan lebih jelas tentang State League, kita ambil contoh negeri Victoria. Bagi negeri Victoria, state league diuruskan oleh Federasi bola sepak Victoria iaitu FFV.

Liga utama bagi Victoria ialah National Premier League Victoria (12 buah pasukan) dan diikuti oleh National Premier League 2 (NPL2) (20 buah pasukan).

Pasukan-pasukan liga bawahan adalah bermula daripada Victorian State League Division 1 yang merupakan pasukan yang terdiri daripada 24 buah kelab bola sepak semi profesional.

Kelab yang berjaya di state league akan dinaikkan pangkat ke NPL2.

Manakala pasukan di peringkat bawahan akan mengalami relegasi dan disingkirkan ke Victorian State League Division 2 (24 buah pasukan), dan seterusnya tersingkir ke Victorian State League Division 3 (24 buah pasukan), Victorian State League Division 4 (48 buah pasukan) dan pasukan divisyen terendah iaitu Victorian State League Division 5 (48 buah kelab).

 

Selain beraksi dalam liga, kelab-kelab juga dibenarkan beraksi dalam FFA Cup yang mempertembungkan semua kelab daripada pelbagai divisyen.

Sesungguhnya tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa walaupun Negeri Victoria dikuasai oleh populariti sukan AFL di kaca media, namun bola sepak merupakan sukan yang paling berpengaruh dan aktif di seluruh Victoria dan Melbourne.

Buktinya terdapat Ratusan kelab bola sepak yang aktif mengikuti liga bola sepak negeri dan mempunyai akademi bola sepak masing-masing.

Peranan semua pihak

Ibu bapa kini semakin berpandangan terbuka terhadap bola sepak dan giat menghantar anak mereka menyertai akademi-akademi bola sepak.

Atas sebab ini tidak mustahil untuk mengatakan bahawa inilah tujuan sebenar Federasi Bola Sepak Australia (FFA) menyertai Federasi bola sepak Asia (AFC).

FFA memerlukan rakan kongsi untuk memasarkan kesemua pemain-pemain bola sepak mereka keluar Australia untuk mendapatkan pendedahan dan peluang yang lebih baik buat pemain-pemain mereka.

Pendek kata negara-negara akan menjadi destinasi pemain-pemain dari Australia jika mereka gagal untuk beraksi di Eropah.

Nota Editor: Artikel ini adalah tulisan Hairi Mohd, dan disalin serta dikongsi semula ke SemuanyaBOLA atas izin penulis.

Sila like page: HAIRI MOHD, untuk lebih kupasan bola sepak.

Jika anda ada pengalaman yang mahu dikongsi dengan peminat bola sepak, sila e-mail ke [email protected].

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN