Lelaki Ini Gesa Selangor Ikat Pemain Muda Dengan Kontrak Jangka Panjang

Selangor

Seorang lelaki yang dipercayai sebagai penyokong Selangor telah mencadangkan kepada pasukan itu untuk mencari jalan yang berlainan untuk terus bersaing di peringkat tertinggi.

Menyedari pasukannya tidak mampu memberikan saingan kepada pasukan seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), beliau yang dikenali sebagai Mohd Alif Haiqal di Facebook menggesa agar Selangor bertindak bijak.

Caranya adalah dengan mengikat pemain muda yang berpotensi di kelab dengan kontrak jangka panjang.

Tetapi tindakan itu tidak terhenti sekadar dari memberikan kontrak jangka panjang sahaja, sebaliknya Selangor perlu terus berusaha menghasilkan fasiliti kelab yang berkualiti.

“Kelab seperti Selangor perlu bangunkan fasiliti kelab. Kena berani ikat kontrak pemain muda berpotensi. Tiga tahun ke lima tahun.”

“Dalam kontrak, letak klausa pembelian [pelepasan]. Sesiapa nak beli, silakan bayar yuran klausa.”

Alif mengatakan yang kelab menghasilkan keuntungan berdasarkan jual beli pemain dalam bola sepak moden.

Jika klausa pelepasan itu diletakkan dan ada kelab yang sudi membayar, hasil wang itu boleh dilaburkan semua kepada pembangunan fasiliti kelab.

Pada pandangan Alif juga, Selangor kini hanya mampu menawarkan minit permainan sahaja kerana mereka masih lagi jauh di belakang JDT dalam perkara lain.

“Kita tidak boleh tawarkan gaji mahal macam JDT, fasiliti kita juga ketinggalan jauh, akhir sekali kewangan juga tidak menyakinkan, harap penaja atau pemilik sahaja laburkan duit.”

“Jadi, apa benda yang kita mampu tawarkan untuk bersaing dengan kelab macam JDT? Satu jaminan pun tidak ada kecuali minit permainan.”

Buat masa sekarang, pasukan Selangor telah dibarisi oleh beberapa pemain muda seperti Shahrul Nazeem, Danial Asri dan Mukhairi Ajmal.

Malah, pembangunan fasiliti di Selangor juga dilihat semakin meningkat baik sebagai contoh kualiti gimnasium yang telah ditambah baik.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply