Quantcast

KOMUNITI

Lelaki Ini ‘Bantai’ Mentaliti Rakyat Malaysia, Tak Semua Pasukan Komuniti Kaya Raya

Di Facebook, telah tular satu status dari seorang pemuda yang bergelar menggunakan nama Tok Anjang.

Dalam status tersebut, beliau membidas sikap mentaliti rakyat Malaysia terhadap kelab bola sepak berasaskan komuniti.

Secara umumnya, peminat bola sepak di negara ini cukup menerima kehadiran pasukan-pasukan berasaskan komuniti seperti Shah Alam Antlers, Ipoh City FC serta Petaling Jaya Rangers.

Namun mentaliti rakyat Malaysia yang dibidas oleh Tok Anjang adalah sikap rakyat Malaysia yang seolah tidak ikhlas ketika melakukan kerja untuk pasukan komuniti.

Semua harap duit saja!

Dalam status beliau yang sudah dipadam di laman Facebook beliau, Tok Anjang merasakan rakyat Malaysia melakukan kerja hanya mengharapkan bayaran.

“Bila ada kelab baharu nak dibuka, ramai yang berduyun-duyun nak sertai. Ramai yang tawar diri nak jadi fisio pasukan, kitman dengan nak jadi jurulatih.”

“Tapi bila diminta bersama untuk buat secara sukarela, semua diam membisu. Apa bezanya kita dengan orang yang kita tempelak dan tuduh “hanya mahu penuhkan poket sendiri”?”

Ajak ubah mentaliti

Namun disebalik kecaman Tok Anjang itu, beliau juga memberi penyelesaian kepada situasi ini.

Beliau mengajak rakyat Malaysia untuk dengan mengubah mentaliti kita mengenai kelab komuniti.

“Mari kita ubah fikiran, kita cuba tanya kepada kelab bolehkah kita menjadi penyokong mereka? Apa yang saya boleh buat untuk kelab? Saya nak jadi sukarelawan untuk pasukan boleh? Saya ada idea untuk dikongsi, boleh saya lontarkan?”

Kenapa Tok Anjang berkata sedemikian? Hal ini kerana beliau mahu sedarkan rakyat Malaysia yang majoriti kelab berasaskan komuniti ini tidaklah mempunyai sumber kewangan yang kukuh seperti pasukan di Liga Super atau Liga Perdana.

“Kita kena sedar, tak semua kelab komuniti ini ada banyak duit. Kenapa kita tak sama-sama dengan mereka untuk bangunkan kelab dahulu?”

Apa yang Tok Anjang kata itu ada benarnya, kelab komuniti seperti FC United of Manchester juga tidak mempunyai staf tetap yang ramai.

Penjual tiket serta pengutip bola misalnya adalah dari kalangan sukarelawan dan bukannya dibayar.

Baca juga: Apa Yang Penyokong SA Antlers Ini Belajar Semasa Melawat Kelab FC United of Manchester?