2 Gol Jamie Vardy Bantu Leicester City Tewaskan Liverpool

Leicester City memulakan kehidupan mereka tanpa Claudio Ranieri dengan menerima kunjungan Liverpool dalam aksi Premier League.

Namun begitu, seolah bermain pada musim 2015/2016 mereka menunjukkan aksi cemerlang selepas membenam cabaran Liverpool dengan jaringan 3-1.

Vardy kembali berparti!

Jamie Vardy menjadi antara pemain yang paling berprestasi tinggi dalam perlawanan ini selepas membantu pasukannya mencatatkan 3 mata dengan 2 gol daripada beliau.

Gol pertama beliau terhasil selepas Gini Wijnaldum melakukan kesilapan apabila terhantar bola kepada pemain Leicester City yang kemudiannya menolak bola mencari Vardy.

Vardy yang berjaya lolos daripada sekatan 2 pertahanan Liverpool berjaya merembat padu bola menewaskan Simon Mignolet.

Leicester City bermain cemerlang apabila berjaya memastikan Liverpool ‘panas punggung’ ketika memegang bola. Hal ini kerana mereka berjaya melakukan tekanan tinggi yang membuatkan Liverpool lambat untuk settle down.

Leicester City kembali menghukum, kali ini menerusi Danny Drinkwater apabila voli cantik beliau dari luar kotak penalti menerjah jaring untuk membolehkan gol kedua terhasil.

Ia berlaku selepas pertahanan Liverpool melakukan half-clearance apabila mahu mengelak dari serangan awal sebelumnya.

Separuh masa kedua Liverpool bermain sedikit baik berbanding separuh masa pertama, namun gol kedua Vardy menyukarkan kerja mereka untuk kembali.

Bola hantaran lintang dari Christian Fuchs berjaya ditanduk oleh penyerang England itu untuk menewaskan Simon Mignolet yang tidak berdaya lakukan apa-apa.

Liverpool berjaya menjaringkan gol menerusi Phillipe Coutinho hasil rembatan deras ke pintu gol. Namun ia tidak mampu memberikan tonik untuk pasukannya kembali.

Kemenangan Leicester City ini menolak mereka keluar dari zon penyingkiran dan 2 gol yang dihasilkan mereka ini adalah 2 gol pertama mereka dalam saingan liga untuk tahun 2017.

Sementara Liverpool bergelut dengan pasukan bawahan gagal mengulangi persembahan magis mereka menentang Tottenham Hotspur tempoh hari. Kesan dari kekalahan ini? Mereka gagal naik ke tangga ketiga liga.

Liverpool berhadapan Arsenal, Everton di laman sendiri dan Manchester City di tempat lawan dalam 3 perlawanan getir berturut-turut.

Namun begitu kata orang, Liverpool akan bangkit apabila menentang ‘abang-abang besar’.

Kesebelasan utama

Leicester City: Kasper Schmeichel (penjaga gol), Wes Morgan (kapten), Danny Simpson, Robert Huth, Christian Fuchs, Danny Drinkwater, Riyad Mahrez, Mark Albrighton, Wilfred Ndidi, Shinji Okazaki, Jamie Vardy

Liverpool: Simon Mignolet (penjaga gol), Joel Matip, Lucas Leiva, Nathaniel Clyne, James Milner (kapten), Gini Wijnaldum, Emre Can, Adam Lallana, Sadio Mane, Roberto Firmino, Phillipe Coutinho

Baca juga: Kerana Penyaki Pelik, Mario Gotze Dikeluarkan Dari Skuad Borrusia Dortmund

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN