Legenda Yang Menjadi ‘Musuh’, Vieira Emosi Menjelang Aksi Palace Berdepan Arsenal

Patrick Vieira Arsenal

Pengurus Crystal Palace, Patrick Vieira mengakui kepulangannya ke Arsenal sebagai pihak lawan akan menjadi satu pertemuan yang beremosi buatnya apabila mengenang saat pahit manis selama sembilan tahun di kelab London tersebut sebagai pemain.

Vieira mengetuai The Gunners meraih tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan empat Piala FA termasuk skuad ‘Invincibles‘ yang mencatat rekod 38 perlawanan liga tanpa kalah sepanjang musim 2003/04.

Kini beliau membimbing satu lagi kelab London, Crystal Palace dan pastinya tidak mudah untuk menghadapinya terutamanya apabila berdepan dengan penyokong Arsenal yang menjulangnya selama ini.

“Saya pun tak pasti apa perasaan sebenar semasa perlawanan itu nanti. Saya berpeluang untuk bermain dengan kelab ini [Arsenal] selama sembilan tahun,” ujar jurulatih warga Perancis semasa sidang media.

“Saya tiba di kelab inni sebagai budak kecil dan kemudian meninggalkannya sebagai lelaki dewasa. Inilah kelab di mana saya beraksi dengan permainan terbaik, jadi jelas bahawa kembali ke sana akan beremosi.

“Tatapi saya akan cuba letakkan perasaan itu ke tepi kerana apa yang penting adalah untuk memastikan Palace beraksi sebaik mungkin dan berusaha sebaiknya untuk mendapatkan mata.”

Dalam pada itu, VIeira memuji perwatakan pengurus Arsenal, Mikel Arteta yang dianggap tenang dan tidak mudah tertekan kita pasukannya berdepan keputusa buruk.

Malah beliau melihat persamaan jurulatih dari Sepanyol itu dengan kualiti yang dimiliki oleh pengurus skuad Perancis yang menjuarai Piala Dunia, Didier Deschamps yang turut menjadi jurulatih sebaik saya menamatkan kariernya selaku pemain.

“Dia [Arteta] adalah seorang pemain yang baik. Saya percaya dia mempunyai karier yang cukup luar biasa dan dia dia belajar dengan baik sebelum mendapat peluang di Arsenal. Saya rasa sehingga hari ini dia sudah menjalankan tugasnya dengan sangat baik.

“Apabila dia di bawah tekanan, dia menghadapinya dengan baik dan tenang. Menang atau kalah, dia masih dengan cara dan gayanya untuk membuktikan segalanya masih dalam kawalan.”

Penjaga gol legenda, David Seaman sebelum ini pernah menggesa agar Arsenal melantik Vieira sebagai pengurus kerana menganggap bekas kapten itu mempunyai aura untuk mengembalikan kegemilangan Arsenal.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply