Legenda Bola Sepak Negara Kecewa Dengan FAM

Bekas penyerang kebangsaan era 70-an, Syed Ahmad Abu Bakar yang kini sedang kini penyakit barah prostat mengakui kecewa dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang tidak pernah menghubunginya untuk bertanya khabar mengenai keadaan dirinya.

Bercakap kepada Berita Harian, Syed Ahmad menjelaskan beliau telah pun menderita penyakit tersebut sejak setahun yang lalu. Bagaimanapun beliau bersyukur kerana mempunyai keluarga yang banyak membantu dirinya.

“Sebelum ini saya sudah membuat pembedahan jantung dan kanser ini saya alami lebih setahun lalu. Keluarga terutama isteri dan anak memang banyak berkorban untuk saya,” kata bekas penyerang Pulau Pinang dan Perak itu.

Kredit Foto: Berita Harian

Syed Ahmad merupakan salah seorang penyerang terbaik negara pada satu masa dahulu. Aksi cemerlangnya ketika kempen kelayakan Olimpik 1971 di Seoul dengan menjaringkan lima gol telah melayakkan Malaysia ke Sukan Olimpik 1972 di Munich.

Malah beliau turut membantu skuad kebangsaan mengutip pingat gangsa di Sukan Asia Tehran pada 1974 di samping menjulang kejuaraan Pestabola Merdeka pada tahun 1966, 1968 dan 1974.

“Pihak lain seperti Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) juga ada menghulurkan bantuan dan ramai juga bekas pemain yang menghubungi bertanya khabar.

Kredit Foto: Stadium Astro

“Namun, apa yang sedikit menyedihkan saya apabila FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) tiada menghubungi sedangkan saya juga pernah menyumbang jasa untuk bola sepak negara,” katanya lagi.

Kredit Foto: Stadium Astro

Syed Ahmad: “Gaji Pemain Liga M Terlalu Tinggi, Tak Setimpal Dengan Kualiti”

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply