Tak Peduli Bantahan Umum, Leeds United Teruskan Jua Jelajah Myanmar

Iklan

Walaupun sebelum ini penyokong mereka meminta agar Leeds United membatalkan program pra musim jelajah Myanmar, namun kelab tersebut tetap meneruskan program mereka.

Penyokong Leeds United tidak mahu nama kelab mereka terpalit dengan tuduhan tidak ada sensitiviti ke atas apa yang sedang berlaku di Myanmar.

Myanmar sedang bergolak dengan peresengketaan antara kaum. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sendiri menuduh Myanmar sedang melakukan pembersihan etnik minoriti, Rohingya.

Leeds United akan bermain 2 perlawanan persahabatan dalam lawatan mereka kali ini.

Kenyataan Presiden kelab mereka menyatakan, lawatan kali ini adalah untuk pemasaran kelab supaya mendapat sokongan di Asia Tenggara.

Bukan sahaja peminat Leeds United malah, beberapa peguam dan juga pertubuhan aktivis kemanusiaan serta ahli politik di Britain turut membantah jelajah ini.

Menurut mereka, apa relevannya Leeds United berkunjung ke negara yang tentera mereka sedang mendesak lebih 700,000 etnik Rohingya pergi ke Bangaladesh sejak Ogos tahun lalu.

Di Myanmar, beberapa aktivis kemanusiaan mereka turut mengutuk perbuatan tentera yang dianggap melakukan pembantaian ke atas saudara mereka sendiri. Mereka meminta agar ‘perang saudara’ ini dihentikan.

Ramai orang awam tak berdosa telah menjadi mangsa di sebalik semua ini.

Ketika tiba di Myanmar, pemain-pemain Leeds United seperti sudah diarahakan untuk tidak membuat sebarang kenyataan media kepada wartawan.

5 ahli Parlimen Britain juga ada menulis surat kepada pemilik kelab Andrea Radrizzani meminta beliau mempertimbangkan untuk membatalkan jelajah tersebut.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram