Pemain Ini Dipenjara Selepas Menyerang Penyokong Cilik Yang Memanggil Beliau “Gemuk”

Okay, ini adalah berita yang cukup rawak untuk anda hari ini!

Seorang pemain bola sepak di Wales telah pun dijatuhkan hukuman penjara kerana menyerang penyokong lawan di satu perlawanan bola sepak.

Menurut sumber Sky News, Lee Taylor telah dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun selepas menyerang penyokong lawan ketika perlawanan liga tempatan di Wales.

Semuanya berlaku selepas pasukan yang diwakili oleh Taylor iaitu Margam FC tewas kepada Cornelly United di tempat lawan dengan jaringa besar 5-0.

Perlawanan yang dianggap sebagai perlawanan antara musuh tradisi jelas memberikan tekanan mental kepada Taylor yang berada di pasukan yang tewas.

Taylor jelas berang apabila diejek oleh penyokong lawan yang memanggil beliau dengan nama “gemuk” selepas perlawanan berakhir.

Beliau dengan marahnya mengambil keputusan untuk menggunakan kereta BMW miliknya untuk melanggar penyokong lawan yang mengejek beliau.

Apa yang mengejutkan, insiden yang berlaku di tempat letak kereta itu menyaksikan Taylor melanggar 11 penyokong yang terdiri dari kalangan “budak sekolah”!

Mereka terdiri daripada kanak-kanak dan remaja berusia 14 hingga 19 tahun.

Insiden yang berlaku di tempat letak kereta itu mempunyai puncanya selepas perlawanan tamat.

Selepas tamat perlawanan, sekumpulan penyokong muda tuan rumah pergi ke bilik persalinan untuk bergaduh dengan pemain muda pasukan lawan.

Pergaduhan melibatkan pemain muda kedua-dua pasukan menyebabkan Taylor masuk campur namun ia gagal dileraikan dengan baik.

Taylor yang berusia 36 tahun, turut ditarik balik lesen memandunya selama 10 tahun.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN