‘Lebih Banyak Kena ‘Scan’ Daripada Main’ – Douglas Costa Pernah Fikir Mahu Bersara

cristiano-ronaldo-douglas-costa-cedera-2020

Pemain sayap Juventus, Douglas Costa pernah terfikir mahu bersara daripada bola sepak apabila kerap kali dihantui masalah kecederaan dalam kariernya.

Untuk musim ini, beliau telah terlepas 17 perlawanan bersama Juventus daripada tiga siri kecederaannya dalam saingan Serie A disebabkan hamstring dan kecederaan betis. Ini mengecewakanya kerana dirinya lebih banyak memanaskan bangku simpanan.

Bercakap dalam temuramah bersama Players’ Tribune, Costa dipetik berkata yang kecederaan telah banyak mengganggu perkembangan bakatnya dan beliau pernah beberapa kali bertanya kepada dirinya, bolehkah dirinya masih beraksi nanti?

“Ada masanya saya akan terfikir, bolehkah saya bermain lagi? Ini kerana setiap kali saya turun beraksi, saya akan mengalami kecederaan. Dan apabila saya menontonnya di tv, saya kembali terfikir, ini keghairahan saya dan saya masih lagi boleh bermain.

“Ini yang membantu saya meneruskan kehidupan, saya tahu yang bola sepak berikan saya kesenangan. Tetapi, ia bukanlah tentang wang atau populariti,” jelas pemain skuad kebangsaan Brazil itu lagi mengenai karier bola sepak bagi dirinya.

“Paling utama adalah, anda melakukan perkara yang menyenangkan diri anda dan gembira membuatnya. Itu objektif saya. Saya pernah bergurau dengan Alex Sandro yang saya lebih banyak kena ‘scan’ daripada turun bermain,” tambahnya lagi.

Mungkin itu adalah sisi lucu daripada kecederaan yang sering mengganggu dirinya, namun adakalanya rasa kecewa itu sangat memberi kesan kepada dirinya.

“Ramai yang berkata, ‘Douglas ada potensi besar tetapi kecederaan telah banyak mengganggunya’ dan itu yang menyakitkan hati saya. Saya ada potensi tetapi sesuatu yang diluar kawalan saya yang telah menyekatnya,” kata pemain berusia 29 tahun itu.

“Setiap kali mengalami kecederaan saya akan bertanya kepada diri, apa salah saya? Saya terfikir kenapa saya tidak boleh bermain dengan konsisten. Ia sesuatu yang menyakitkan hati,” tambahnya yang sebelum ini bermain untuk Bayern Munich.

Untuk melalui saat sukar tersebut, Costa telah melantik seseorang bagi membantu sisi mentalnya, “Mereka bukan pegawai psikologi, tetapi mereka mampu menunjukkan bagaimana kesan kehidupan masa kanak-kanak mempengaruhi diri anda.”

KREDIT FEATURED IMAGE: GETTY IMAGES

Baca lagi artikel mengenai Douglas Costa dan Juventus:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram