Lebih Baik Untuk Leeds United Hilang Tiket Promosi Ke EPL

Penyokong Leeds United 2019

Seorang penyokong Leeds United menyatakan kepada talkSport yang beliau sanggup melihat kelabnya kehilangan tiket promosi ke English Premier League (EPL) daripada kelab dipaksa beraksi tanpa penyokong dalam baki saingan liga musim ini.

Menurutnya, ia umpama anti-klimaks. Penyokong The Whites dan sudah tentu dirinya tidak sanggup terima kemenangan dan juga promosi ke EPL tanpa seorang pun penyokong berada di Elland Road untuk meraikannya bersama para pemain.

“Saya mahu Elland Road dilimpahi penyokong dengan kami semua dapat memberi sokongan ‘hebat’ seperti selalu. Saya tidak menyukainya. Penyokong Leeds bukan seperti itu. Kami tidak berfikir sebegitu,” ujarnya mengenai perkara tersebut.

“Ia seperti anti-klimaks. Promosi ini tidak akan memberi sebarang makna jika saya tidak berada di sana untuk meraikannya,” ujarnya ketika ditanya perasaannya jika kelab mereka meraih promosi ke EPL tanpa kehadiran para penyokong.

Tambahnya lagi, walaupun sudah menanti sebegitu lama untuk layak semula ke pertandingan tertinggi tersebut sejak musim 2003/04, mereka rela melihat Leeds United bersaing sekali lagi di Championship di depan para penyokong.

Sementara itu, pengendali EFL Championship dilihat masih berkira-kira mengenai nasib liga dengan perancangan mereka pada awalnya adalah mahu menamatkan saingan liga walau dalam keadaan apa sekalipun. Ia tetap akan diteruskan.

Pihak EFL dikhabarkan telah menghantar pemakluman mengenai perancangan mereka untuk meneruskan saingan liga dengan dijangkakan semua 113 perlawanan akan berakhir pada Ogos dan ianya dilangsungkan tanpa kehadiran penyokong.

Selain itu, tindakan para pemain Leeds United yang sebelum ini bersetuju untuk memotong gaji mereka bagi membantu staff bukan bola sepak telah menarik perhatian pemilik kelab, Andrea Radrizzani mengenai tindakan mulia mereka.

Oleh yang demkian, beliau menjelaskan kepada pihak media yang selepas segala musibah ini berakhir dan bola sepak berjalan seperti biasa, beliau akan memastikan mereka bakal menerima bonus – iaitu dua peratus daripada gaji mereka.

Leeds United ketika ini merupakan pendahulu EFL Championship bersama West Bromwich Albion dan dengan berbaki sembilan perlawanan, The Whites dijangka tiada masalah untuk menamatkan musim dan meraih tiket promosi ke EPL semula.

KREDIT FEATURED IMAGE: FOOTBALL LEAGUE WORLD

Baca lagi artikel lain mengenai Leeds United:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram