Lazarus Kaimbi: Saya Bukan Penyerang, Dollah Salleh Yang Letak Situ

Lazarus-Kaimbi-Dollah-Salleh-Pahang

Kapten PDRM FC, Lazarus Kaimbi berkata yang pengendali Pahang, Dollah Salleh telah menyebabkannya kurang menjadi kerana memberikan peranan yang salah kepadanya.

Pemain berusia 32 tahun itu sebenarnya tidak mampu menjadi penyerang seperti yang diarahkan oleh Dollah Salleh kerana beliau merupakan pemain yang beroperasi di tengah atau sayap pasukan ketika bersama pasukan lain sebelum tiba di Malaysia.

Dan jika dilihatkan rekod jaringannya sepanjang kariernya, jelas yang beliau bukanlah seorang penyerang. Tetapi, entah bagaimana sejak tiba di Malaysia pada 2018 untuk bersama Kelantan, beliau telah dilabel sebagai seorang penyerang import.

Jelasnya kepada Astro Arena baru-baru ini, “Sebenarnya saya bukanlah penyerang sejati dan jurulatih [Sri Pahang], Dollah Salleh, yang meletakkan saya di posisi itu.”

“Saya adalah pemain sayap kanan atau pemain tengah menyerang dan membolehkan saya beraksi lebih berkesan seperti ketika di Thailand. Saya beralih ke posisi yang mampu membantu saya lebih menyerlah,” tambahnya mengenai situasi terkini.

Sejak pengendali baharu datang ke PDRM, beliau kembali menikmati bola sepak. Wan Rohaimi Wan Ismail telah masuk menggantikan Mat Zan Mat Aris yang direhatkan.

Berpengalaman luas dalam bidang kejurulatihan terkini, Wan Rohaimi yang pernah terlibat dengan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) selama empat tahun itu dilihat telah mengembalikan Kaimbi ke posisi yang sepatutnya.

“Kini saya boleh beraksi di tahap terbaik. Jurulatih [baru] membawa banyak perubahan dengan corak permainan yang berbeza. Bukan sekadar terhadap individu tetapi secara keseluruhan pasukan,” ulasnya mengenai perubahan yang dibawa Wan Rohaimi.

Sejak mengambil alih kerusi panas PDRM, Wan Rohaimi kembali melonjak kedudukan mereka daripada kedua tercorot kepada kedudukan ke-8 dengan merekodkan dua kemenangan, dua seri dan dua kekalahan. Malah, Kaimbi turut meledak tiga gol.

Ketika bersama Sri Pahang dan Dollah Salleh, Lazarus Kaimbi meledak empat gol dalam tujuh penampilannya sebelum beliau dilepaskan pada penghujung musim.

Beliau menyertai Tok Gajah pada pertengahan musim 2019 untuk menggantikan Ze Love dalam usaha mereka untuk mengukuhkan jentera serangan yang dilihat tumpul. Beliau telah berganding bahu bersama Dickson Nwakaeme di jentera serangan.

Sepanjang beraksi di Liga Malaysia sebelum menyertai PDRM, Kaimbi telah meledak enam gol bersama Sri Pahang dan Kelantan. Kini dengan perubahan posisi, beliau mungkin masih kurang meledak gol tetapi akhirnya kembali menikmati aksinya.

Baca lagi artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Malaysia:

Penang FC Uji Formasi Taktikal Baharu Untuk Pusingan Kedua Liga Super?

Peluang Terhad Di KL City, Adakah Perak FC Destinasi Safee Sali Selepas Ini?

Kebenaran Buat Siaran Langsung Sendiri Beri ‘Nyawa’ Kepada Pasukan Liga Premier

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply