Layak Ke Euro 2020, Penantian Panjang Scotland Berakhir

Scotland Euro

Scotland yang kali terakhir beraksi di kejohanan utama pada tahun 1998 menamatkan penantian panjang tersebut apabila berjaya mengenepikan cabaran Serbia untuk layak ke saingan akhir Euro 2020.

Kemenangan yang diraih pada aksi play-off itu bagaimanapun tidak mudah disangka apabila Scotland memerlukan sehingga ke penentuan sepakan penalti selepas 120 minit perlawanan berkesudahan dengan terikat 1-1.

Aksi yang berlangsung di Stadium Rajko Mitic, Serbia itu menyaksikan skuad tuan rumah lebih mendominasi permainan. Namun, tidak banyak serangan tepat ke arah pintu gol lawan yang dapat dihasilkan skuad bimbingan Ljubisa Tumbakovic itu.

Sebaliknya, Scotland yang diketuai pemain Liverpool, Andy Robertson mencipta dua percubaan tepat ke arah gol manakala Serbia pula hanya mampu mencipta satu peluang.

Perlawanan di separuh masa kedua lebih memberikan impak apabila dua jaringan terhasil apabila Scotland membuka tirai jaringan pada minit ke-52 menerusi Ryan Christie.

Jaringan tersebut terhasil setelah percubaan rendah daripada pemain tengah berusia 25 tahun itu yang tidaklah terlalu laju dari luar kawasan penalti gagal dihalang penjaga gol, Predrag Rajkovic lalu bola terkena tiang dan kemudiannya menerjah ke gawang Serbia.

Ketika Scotland sedang berkira-kira untuk meraikan kejayaan layak ke saingan EURO 2020 dengan lebih awal, tandukan Luka Jovic pada minit ke-90 kembali mengikat perlawanan untuk aksi diheret ke masa tambahan.

Masa tambahan tersebut bagaimanapun gagal untuk menghadirkan jaringan kemenangan buat kedua-dua pasukan bagi membolehkan pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti.

Empat sepakan awal yang diambil kedua-dua pasukan, kesemuanya berjaya disudahkan dengan baik oleh Leigh Griffiths, Callum McGregor, Scott McTominay dan Oliver McBurnie buat Scotland manakala  Dusan Tadic, Luka Jovic, Nemanja Gudelj dan Aleksandar Katai bagi pasukan tuan rumah.

Ketika Kenny McLean tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan sepakan kelima buat Scotland, Aleksandar Mitrovic menjadi individu paling kecewa pada perlawanan ini apabila sepakannya berjaya ditepis penjaga gol, David Marshall yang sekali gus membolehkan Scotland menamatkan penantian selama 23 tahun tersebut.

Selain Scotland, North Macedonia mencipta sejarah apabila layak buat pertama kali ke kejohanan besar apabila berjaya menundukkan Georgia hasil jaringan tunggal pemain veteran, Goran Pandev.

Dua lagi slot play-off diisi oleh Hungary yang menundukkan Iceland 2-1 dan Slovakia setelah menewaskan Ireland Utara juga dengan keputusan 2-1 menerusi jaringan kemenangan Michal Duris pada masa tambahan.

Berikutan wabak COVID-19 yang melanda dunia, sepak mula Euro 2020 yang pada mulanya dijadualkan pada 12 Jun 2020 telah ditunda ke tarikh baharu iaitu 11 Jun 2021.

Kredit featured image: Nikola Krstic/SNS Group via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Euro 2020:

Kongres UEFA Di Amsterdam Bincang Impak Coranavirus Terhadap Euro 2020

Itali Mahu Euro 2020 Ditunda

EURO 2020 Sah Ditangguh Ke 2021

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN