Lautaro Martinez Boleh Tinggalkan Inter Tapi Untuk 3 Pasukan Ini Sahaja

Lautaro Martinez

Pemain Inter Milan, Lautaro Martinez jelas sekali merupakan bintang yang amat digilai oleh kelab-kelab serata Eropah.

Beliau yang menjadi nadi kepada kejuaraan Inter dalam saingan Serie A musim lalu jelas sekali adalah pemain yang cukup hebat.

Malah, bukan bersama-sama Inter sahaja beliau cemerlang tetapi ketika mewakili skuad kebangsaan Argentina juga dengan meraih kejuaraan Copa America.

Martinez kini diburu oleh pelbagai kelab dengan situasi terkini mengaitkan dirinya dengan perpindahan ke Arsenal.

Arsenal dilihat bersedia untuk membawa Martinez ke Premier League namun begitu pemerhati bola sepak di Itali berasakan itu tidak akan terjadi.

Hal ini kerana, Arsenal dilihat bukanlah pasukan yang sesuai untuk Martinez mengembangkan kariernya selepas ini jika beliau meninggalkan Inter.

Sebaliknya, Martinez hanya berpindah ke Sepanyol dengan destinasi terbaik adalah tiga kelab utama di sana iaitu Atletico Madrid, Real Madrid dan Barcelona.

Barcelona sebelum ini adalah usaha untuk mendapatkan Martinez dengan Atletico juga berminat untuk membawannya ke sana.

Tetapi bagi Real, tiada sebarang perancangan untuk membawa pemain tersebut ke Santiago Bernabeu.

Sebelum ini, Arsenal dilihat bersedia untuk membayar €90 juta kepada Inter untuk Martinez tetapi ianya mungkin sedikit sukar kerana klausa di dalam kontrak pemain itu.

Hal ini kerana, Inter menetapkan klausa perlepasan sebanyak €110 juta kepada kelab yang berada di luar Itali jika mahu mendapatkan Martinez.

Di pihak Inter, mereka masih berharap agar Martinez akan menerima kontrak baharu yang ditawarkan oleh mereka kerana pastinya kelab itu tidak mahu hilang ayam tambatan yang menjadi nadi pasukan.

Kontrak Martinez akan tamat pada Jun 2023.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply