Laurentiis: “Tak Sanggup Saya Bayar €86 Juta Untuk Maguire, Pemain Yang Hanya Bernilai €25 Juta”

Kerjasama Semuanya BOLA

Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis memberikan komen agak panas ke atas pertahanan baharu Manchester United, Harry Maguire. Laurentiis memang dikenali dengan sikapnya yang cakap lepas.

Bahkan penyokong Napoli sendiri kerapkali kecewa dengan mulut Laurentiis yang dikatakan antara punca beberapa perbincangan mendapatkan pemain ke Napoli gagal.

Tebaru, menurut Laurentiis, Manchester United baharu sahaja membeli pemain bernilai €25 juta (£23.5 juta) dengan nilai €86 juta ataupun £80 juta.

Laurentiis kemudian mempertahankan kelabnya ketika meletakkan harga Koulibaly €150 juta sebelum ini yang merupakan klausa pelepasan pemain itu.

Berdasarkan harga Maguire, maka Laurentiis merasakan Koulibaly bernilai €250 juta.

Sebelum ini Manchester United dipercayai sebagai pasukan yang menghantar bidaan sebanyak €105 juta untuk Koulibaly pada Januari lalu. Namun ditolak oleh Napoli yang berkeras mahukan €150 juta.

Bercakap kepada ESPN, Laurentiis mengutuk EPL. Menurut Laurentiis, EPL ataupun kelab England adalah punca utama infalsi teruk pada harga pemain di bursa perpindahan.

“Semua masalah kenaikan tidak masuk akal pada harga pemain ini berpunca dari England. Mereka menjana wang lebih daripada apa yang pasukan di Sepanyol, Itali, Perancis dan Jerman dapat.”

“Jika sesebuah kelab itu menjana £800 juta, maka tiada masalah untuk mereka membeli seorang pemain dengan harga £80-90 juta. Angka ini ‘gila’ dan persaingan tak seimbang di antara England dengan negara lain.”

“Koulibaly ada klausa pelepasan €150 juta.”

“Di England mereka membelanjakan €93 juta [Harry Maguire] untuk pemain yang saya hanya sanggup bayar paling tinggi pun €25-30 juta.”

“Jadi, jika Maguire €93 juta, maka Koulibaly bernilai €250 juta?”

Ada juga peminat bola sepak yang menganggap Laurentiis mungkin kecewa tidak dapat menjual Koulibaly ke Man. United. Sebab itu beliau memberikan komen panas ini.

Apa pandangan anda?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram