Laurent Koscielny Jalani Ujian Kesihatan di Bordeaux

Pertahanan Arsenal, Laurent Koscielny dijadualkan akan menjalani ujian kesihatan di Bordeaux. Arsenal dikatakan telah bersetuju dengan amaun perpindahan sebanyak 4.6 juta Pound Sterling dari Bordeaux.

Selamat tinggal

Pemain berumur 33 tahun itu akan menamatkan jodohnya bersama kelab London itu. Namanya menjadi tular tiba-tiba apabila enggan untuk menyertai kempen pra-musim di Amerika Syarikat.

Permohonan Koscielny untuk berpindah secara percuma telah ditolak pengurusan Arsenal. Pertahanan berbangsa Perancis itu mempunyai baki lagi setahun dalam kontraknya.

Malah, permintaan itu telah menimbulkan suasana tidak harmoni antara beliau dengan pengurusan. Sebagai tindakan disiplin, Koscielny telah diarahkan untuk berlatih bersama pasukan bawah-23.

Kembali ke tanah air

Terdapat laporan sebelum ini mengatakan Rennes juga turut berminat mendapatkan beliau. Sebelum menyertai Arsenal, Koscielny pernah mewakili Guingamp, Tours dan Lorient.

Ketiga-tiga kelab itu merupakan kelab yang bersaing dalam liga Perancis.

LONDON, ENGLAND – MAY 18: Laurent Koscielny of Arsneal lifts the cup during the Arsenal FA Cup Victory Parade on May 18, 2014 in London, England, (Photo by Charlie Crowhurst/Getty Images)

Koscielny berhijrah ke Arsenal dari Lorient pada 2010. Semasa menyarung jersi kelab Utara London itu, beliau pernah memenangi 3 medal Piala FA.

Kali terakhir beliau memenangi medal kejuaraan ialah semasa Piala FA 2017. Semoga ada sinar untuk Koscielny di tanah airnya sendiri.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram