Laporan Perlawanan EPL 16/17: Hull City Benam Leicester Di KC Stadium

Hull City kembali semula ke EPL dengan kemenangan sensasi menewaskan juara bertahan Leicester City di KCOM Stadium.

4077

Mereka mengharungi pelbagai masalah sebelum musim bermula. Bekas pengurus mereka Steve Bruce meletak jawatan 3 minggu sebelum perlawanan pertama ini.

Ia kerana tidak berpuas hati dengan pemilik kelab yang enggan memberikan dana perpindahan yang diminta. Hull kemudiannya amat hambar dalam persediaan pra musim.

Separuh Masa Pertama

Demarai Gray hampir membuka tirai jaringan dengan cubaan menarik. Hull memberikan respon segera selepas sepakan penjuru Snodgrass hampir disempurnakan Curtis Davies.

Leicester mencipta peluang keemasan pada minit ke-19 apabila Ahmed Musa mencipta peuang untuk Vardy, namun pemain terbaik EPL musim lalu ini ‘miss’ dan susulan Mahrez hanya mampun menerjah sisi jaring.

Leicester berterusan cuba mencipta peluang dan juga gerakan masuk ke dalam kotak penalti. Namun, apa yang jelas, nampak ada tekanan sebagai pemain dalam pasukan juara pada Vardy dan rakan-rakan beliau.

Leicester dikejutkan dengan jaringan pertama oleh Diomande pada masa kecederaan separuh masa pertama. Satu jaringan akrobatik yang menarik. Aksi susulan selepas Schmeichel menyelamatkan tandukan Davies.

5091

Separuh Masa Kedua

Pada awal separuh masa kedua, Tom Huddlestone melakukan poor tackle ke atas Gray. Pengadil memberikan sepakan penalti walaupun ulang tayang jelas menunjukkan Gray dijatuhkan di luar kotak penalti.

Pengadil-Mike Dean enggan melayan bantahan Hull City dan bertegas ia adalah penalti. Riyad Mahrez dengan yakin menembak bola dengan kuat ke tengah gol.

2200

Pada separuh masa kedua Leicester cuba menggunakan Okazaki lebih aktif. Namun Hull City seakan-akan sudah ada plan untuk mengekang teamplay yang dicetuskan oleh Mahrez dan Okazaki.

Hull memutuskan rantaian midfielder Leicester dengan Jamie Vardy.

3500

Di bawah adalah skema perangkap pertahanan Hull City yang digunakan untuk mengekang asakan Okazaki dan Mahrez. Ia memutuskan rantaian Mahrez-Okazaki dengan Vardy.

stop okazaki

Sebaliknya pada minit ke-57 Robert Snodgrass melakukan first time shot dari luar kotak penalti. Satu teknik sepakan yang sempurna menghantar bola rendah ke sebelah kiri Schmeichel. Dan ia adalah jaringan kemenangan.

4191

Jakupovic kemudiannya cemerlang menafikan berberapa cubaan pemain Leicester termasuk dari Okazaki dan Mahrez selepas itu.

Pada 10 minit terakhir perlawanan, Hull City kelihatan berupaya mendapat sesuatu setelah pemain-pemain Leicester agak hilang fokus. Kedudukan kekal 2-1 dan Hull City menjadi pasukan promoted pertama menang perlawanan pembukaan sejak 2012.

Statistik

stas

Ia adalah kekalahan perit untuk Leicester. Mereka jelas bermain dengan sedikit tekanan kali ini berbanding dengan apa yang mereka lakukan musim lalu.

Ketiadaan pemain seperti Kante amat dirasai di bahagian tengah pasukan ini. Claudio Ranieri pasti akan melakukan post-mortem yang teliti selepas ini. Ini kerana mereka akan berjuang dalam banyak kejohanan.

1494

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN