Keputusan & Laporan Matchweek 3: Playoff Selangor Champions League 2017

Perlawanan Playoffs bagi SCL2017 telah pun sampai ke penghujungnya. Pertarungan selama 3 minggu di antara 9 pasukan telah mem… pelbagai drama dan gol-gol yang menarik. Di dalam kumpulan A, Condoh berjaya memintas Qharma untuk layak sebagai juara kumpulan.

AZS pula meneruskan momentum kemenangan mereka untuk menumpaskan SKJ SC dan seterusnya layak ke SCL2017 sebagai juara kumpulan B. Di dalam Kumpulan C, PIB FC meledak 5 gol berbalas 1 untuk membenam Real Mawar.

Qharma pula sudah pun memastikan kelayakkan mereka dari minggu kedua setelah mengutip 4 mata dan layak sebagai pasukan “tempat kedua terbaik” di antara ketiga-tiga kumpulan.

Kumpulan C: PIB FC (5 – 1) Real Mawar

PIB sememangnya menjadi pasukan pilihan pada perlawanan semalam menentang Real Mawar, wakil dari Setia Alam Munro League. Gergasi dari KVL Super merupakan antara pasukan paling berbisa apabila memiliki 9 shots on target daripada 13 cubaan. Saudara Fakhrul Anuar ternyata menjadi pembeza di antara kedua-dua pasukan apabila beerjaya menjaringkan hat-tricknya.

Gol pertama hadir seawal minit ke-8 apabila sepakan sudut dari pemain nombor 7 PIB, Faizul Herman atau Kaka, begitu cantik dan disambut dengan volley yang cukup baik dari Ibnu Hisham namun terkena palang. Fakhrul Anuar, cepat bertindak untuk menyambung rebound tersebut dengan rembatan mudah ke dalam gawang Real Mawar.

Hantaran yang cantik dari Amirul Sugito sekali lagi disambut oleh Fakhrul pada minit ke-17 dan peluang 1 vs 1 ini dijaringkan dengan tenang dan mudah oleh Fakhrul. Pemain sayap PIB, Faizul Herman sememangnya antara bakat yang perlu diperhatikan dalam SCL musim ini kerana kepantasannya dan kuali hantarannya. Pada minit ke-21, Kaka sekali lagi memecut ke dalam kotak Real Mawar untuk mengukir gol buat Nur Hakimi.

PIB hampir menjaringkan gol ke-4 mereka pada minit ke-26 apabila Kaka sekali lagi memecut meninggalkan pertahanan Real Mawar yang sering kali kelihatan tidak terurus dan membuat hantaran lintang ke arah Muhd Huzaini yang gagal menjaringkan peluang keemasan tersebut. Boleh dinobatkan sebagai miss of the season dari Huzaini.

Separuh masa pertama berakhir 3-0.

PIB terus mengasak Real Mawar dengan serangan demi serangan. Gol ke-4 mereka hadir pada minit ke-38 yang dijaringkan oleh Muhd Farees. Sekali lagi PIB menunjukkan mereka antara pasukan yang mempunyai kehebatan membuat hantaran air ball yang boleh menebuk pertahanan lawan. Pertahanan kanan Real Mawar pula tidak meneruskan lariannya untuk mengejar Farees. Dalam situasi 1 vs 1, Farees mencuba untuk chip penjaga gol namun melantun pada palang gol namun berjaya disambung oleh Farees yang menanduk bola semula ke dalam gol.

Sedikit kekasaran berlaku di antara pemain pertahanan Real Mawar dan PIB FC pada minit ke-58 dan kedua-dua pemain dilayangkan kad kuning sebagai amaran dari pengadil. Fakhrul Anuar menyempurnakan hat-tricknya pada minit ke-62 apabila pemain pertahanan Real Mawar, Afiq Aiman menghilangkan bola di hadapan kotak penaltinya sendiri. Bola dirampas oleh PIB dan bola dihadiahkan kepada Fakhrul yang merembat bola melalui celah kaki penjaga gol.

Real Mawar tetap meneruskan permainan dan berjaya mendapat gol yang terakhir dalam perlawanan ini menerusi jaringan Muhd Faireez 5 minit sebelum perlawanan tamat. PIB telah membuktikan mereka adalah pasukan yang patut digeruni setelah persembahanan yang hampir sempurna ini.

Perlawanan tamat 5-1 berpihak kepada PIB.

Terlalu ramai pemain PIB yang bermain dengan baik terutamanya Faizul Herman dan Amirrul Ash tetapi pemain terbaik perlawanan harus dinobatkan kepada Fakhrul Anuar.

Kumpulan A: Condoh (4-0) Rasta Tigers

Condoh melayakkan diri ke SCL2017 sebagai juara kumpulan A apabila membenam Rasta Tigers 4-0. Keputusan akhir ini kemungkinan tidak dapat mencerminkan perlawanan ini sepenuhnya. Condoh sememangnya lebih tajam dalam menyerang namun Rasta tetap memiliki tempoh-tempoh yang mereka menyerang dan mengawal perlawanan.

Rasta Tigers pada awalnya mengawal permainan pada 10 minit pertama tetapi tidak berjaya membuat serangan yang berbahaya. Pada minit ke-12, Condoh berjaya membuat jaringan pertama perlawanan menerusi Amirul Fikry hasil dari sepakan sudut dan permainan set piece yang menarik dari Condoh.

Condoh terus mengasak Rasta selepas mendapat gol pertama mereka dan Amirul Fikry sekali lagi menjaringkan gol condoh untuk meletakkan mereka di kedudukan yang selesa. Hantaran yang cukup baik menembusi pertahanan Rasta oleh Ikram Salehuddin kepada Amirul Fikry yang sekali lagi menyudahkan dengan tenang 1 vs 1 menentang penajga gol Rasta.

Separuh masa pertama berakhir 2-0 memihak kepada Condoh FC.

Rasta bangkit pada separuh masa kedua dan sekali mereka mengawal permain pada babak awal dan berjaya mendapat beberapa peluang untuk mengejar perlawanan ini. Namun, penyerang mereka tidak berjaya menyudahkan peluang yang sedia ada.

Gol ketiga hadir dari Condoh pada minit ke-53 apabila larian solo oleh Syafiq Khor menembusi pertahanan Rasta. Syafiq Khor menggelecek 3 pemain Rasta dan membuat hantaran ke dalam kotak dan kemudian di sudahkan oleh Faizzuddin dengan rembatan yang sempurna. Akhirnya, Amirul fikry sekali lagi menjaringkan gol ke-4 Rasta dan sekali gus menyempurnakan hat-tricknya. Sekali lagi kombinasi Ikram dan Amirul Fikry menghasilkan gol apabila Amirul Fikry membuat larian di belakang pertahanan Rasta dari kanan dan menerima hantaran kemas dari Ikram Salehuddin.

Perlawanan berakhir 4-0.

Pemain terbaik perlawanan: Amirul Fikry

Kumpulan B: AZS FC (3-2) SKJ SC

Perlawanan yang dijangka penuh dengan gol di antara AZS FC dan SKJ SC memang diramal tepat sekali. AZS dan SKJ kedua-dua memberi saingan yang cukup baik dan berjuang hingga ke wisel penamat, namun AZS berjaya mendapatkan kemenangan untuk membawa mereka terus layak ke SCL2017.

Kedua-dua pasukan bermain dengan mentaliti menyerang kerana SKJ SC perlu menjaringkan 5 gol untuk ada sebarang harap untuk layak manakala AZS perlu sekurang-kurangnya seri untuk layak ke SCL2017. jaringan pertama perlawanan telah dibuat oleh Irzwandi Ismail pada minit ke-24. Penyerang AZS ini tidak melakukan sebarang kesilapan apabila diberi peluang untuk menjaringkan gol pertama mereka.

Perlawanan diikuti oleh beberapa half chances dari kedua-dua pasukan namun tiada jaringan sehingga separuh masa pertama.

AZS mendahului 1-0.

SKJ yang bermain tanpa gandingan pemain import mereka Peter Ugbe berjaya menyamakan kedudukan apabila Ganesh menyempurnakan build up yang cantik dari pasukan SKJ pada minit ke-39, 4 minit selepas separuh masa pertama.

AZS terus mengasak SKJ untuk mencari gol kedua mereka untuk berada dalam kedudukan yang lebih selesa. Mereka berjaya mendapatkan gol kedua menerusi Muhd Arif pada minit ke-42. Gandingan mantap dari tengah dan hantaran yang baik memberi peluang yang cukup baik untuk Muhd Arif menggandakan gol AZS. Arif sekali lagi menjaringkan gol ketiga mereka pada minit ke-52 untuk memastikan kemenangan milik AZS.

Permainan semakin hangat apabila berlaku beberapa kekasaran di antara pemain-pemain AZS dan SKJ. SKJ pula banyak mempertikaikan keputusan pengadil yang tidak berpihak kepada mereka. Walau bagaimanapun, SKJ berjaya mendapatkan gol saguhati pada minit ke-69 hasil jaringan Peter Ugbe yang hadir pada separuh masa kedua untuk menguatkan lagi barisan serangan SKJ SC. Peter Ugbe mengangkat bola ke atas penjaga gol AZS dari jarak dekat.

Keputusan akhir perlawanan ini berpihak kepada AZS 3-2 yang seterusnya layak ke SLC2017.

Pemain terbaik perlawanan: Muhd Arif

Kepada Condoh FC, AZS FC, PIB FC dan Qharma FC. . .

WELCOME TO SELANGOR CHAMPIONS LEAGUE. Where Champions Come To Play.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN