Lanjutkan Kontrak Sehingga 2023, Sadio Mane Yakin Liverpool Akan Raih Kejuaraan

Mane

Tonggak utama Liverpool, Sadio Mane dilaporkan telah memeterai perjanjian selama dua tahun bagi melanjutkan kontraknya sehingga tahun 2023 untuk terus kekal di Anfield.

Keputusan tersebut dibuat pemain antarabangsa Senegal itu kerana beliau percaya kelab Merseyside itu sudah bersedia untuk merangkul trofi kejuaraan di bawah kendalian Jurgen Klopp.

Walaupun Klopp masih belum berupaya untuk menghadiahkan sebarang trofi buat Liverpool, Mane masih menaruh impian menggunung terhadap pengendali dari Jerman itu untuk menamatkan penantian tersebut.

Musim lalu, Liverpool hampir melakukannya apabila berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah, namun Real Madrid menjadi penghalang pada aksi yang berlangsung di Kiev itu.

Klopp juga kecewa dalam dua perlawanan akhir pada musim 2015/16 selepas tewas menerusi penentuan sepakan penalti ketika bertemu Manchester City dalam Piala EFL dan juga kecundang 3-1 kepada Sevilla dalam Liga Europa.

Bagi Mane, disebalik kehampaan tersebut, beliau masih yakin dengan kemampuan yang dimiliki Liverpool.

LIVERPOOL, ENGLAND – OCTOBER 27: Sadio Mane of Liverpool scores his team’s second goal during the Premier League match between Liverpool FC and Cardiff City at Anfield on October 27, 2018 in Liverpool, United Kingdom. (Photo by Jan Kruger/Getty Images)

”Sudah tentu saya yakin. Kami memiliki segalanya disini. Pasukan ini, kakitangan dan kelab ini melakukan tugasan dengan hebat untuk membawa masuk pemain baru dan mereka mempunyai kualiti yang hebat.”

”Kami mempunyai sebuah pasukan yang kuat dan kami mempunyai segalanya untuk menang. Tetapi ia bukan sekadar bercakap, kami mempunyai tugasan untuk dilakukan.”

”Kami bermula dengan cukup baik pada muism ini dan kami bekerja keras setiap hari di padang latihan untuk menjadi lebih baik dan lebih baik.”

”Ia terlalu awal untuk bercakap mengenai trofi tetapi semua orang tahu kami perlu untuk memenangi kejuaraan dan sekarang ini kami akan mencuba untuk memberikan segalanya untuk memenangi sesuatu.”

Selepas mengharungi 12 perlawanan Liga Perdana Inggeris, Sadio Mane telah berjaya menjaringkan enam gol untuk membantu Liverpool menduduki tangga kedua dengan mengumpul 30 mata. Hanya dua mata dibelakang Manchester City.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN