Langkah Berjaga-Jaga, Kedah Tangguh Latihan Untuk Seminggu

Kipre Tchetche Kedah 2020

Kedah adalah antara pasukan yang masih belum turun berlatih selepas mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk kembali berlatih bermula pada 15 Jun lalu.

Menurut bekas penyerang skuad kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak, Kedah hanya akan mula turun ke padang pada 23 Jun depan dan baginya ia adalah tindakan yang tepat dengan pemain-pemain dapat membuat persediaan untuk kembali berlatih.

Jangan kalut

Zaquan Adha berasa lega dengan tindakan Kedah yang telah mengikuti sepenuhnya arahan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dengan memberi ruang kepada pemain untuk lebih bersedia selain memang menggemari tindakan yang lebih berhati-hati sebegini.

“Saya rasa tidak perlu tergesa-gesa [untuk berlatih] sekiranya pasukan masih belum memenuhi empat kriteria yang telah ditetapkan oleh MFL. Harus diingat, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hanya akan berakhir pada 31 Ogos,” jelasnya.

“Pasukan memiliki masa sebulan untuk memulakan latihan dan untuk Kedah, kami akan kembali berlatih pada 23 Jun. Ini akan membantu pemain-pemain yang telah pulang ke kampung tempohari untuk berkumpul semula di Alor Setar,” tambahnya.

Mengikut arahan MFL, setiap pasukan wajib untuk membuat saringan ‘swab-test’ dan menghantarnya kepada MFL, melantik pegawai untuk mengatur dan memantau pematuhan SOP ketika latihan, memaklumkan pusat latihan tertutup dan mendaftar lokasi tersebut dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Negeri Sembilan sudah mula berlatih

Sementara itu, Negeri Sembilan menjadi pasukan pertama Liga Malaysia yang turun berlatih selepas selesai menjalani ‘swab-test’ tempohari dan walaupun sedikit kekok dengan SOP, namun segalanya lancar menurut pertahanan tengah, Shahrom Kalam.

Bercakap kepada The Star, Shahrom Kalam dipetik berkata yang beliau tidak pernah segembira ini untuk kembali berlatih. Untuk rekod, semua aktiviti Liga Malaysia telah tertangguh sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.

“Saya dapat lihat kegembiraan semua pemain untuk kembali berlatih selepas hampir tiga bulan tidak menjejakkan kaki ke padang latihan. Semua telah memberi 100 peratus komitmen walaupun ianya sedikit kekok pada awalnya,” jelas pemain tersebut.

Negeri Sembilan akan menjalani latihan berfasa dan ini merupakan fasa pertama dengan melibatkan latihan yang tidak melibatkan sentuhan. Banyak perkara yang perlu diperhalusi kerana ini merupakan kali pertama kejadian seumpama ini terjadi.

Perlu lebih berhati-hati

Menurut Zaquan Adha pula yang bercakap kepada The Star, para pemain dan juga jurulatih perlu lebih berhati-hati apabila latihan sudah kembali dijalankan nanti – sebagaimana yang telah dilalui oleh Negeri Sembilan ketika ini.

“Saya perlu berhati-hati apabila latihan kembali bersambung nanti. Saya tinggal bersama keluarga saya dan kesihatan serta kebajikan mereka adalah keutamaan buat saya pada ketika ini,” jelas penyerang berusia 33 tahun itu.

Kedah telah membuat dua sesi ‘swab-test’ pada 15 dan 16 Jun sebagai langkah pertama sebelum memohon kebenaran untuk menjalani latihan pada 23 Jun depan. Selain itu, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) juga akan melakukan sanitasi dahulu.

Liga Malaysia dijangkakan akan kembali berlangsung pada September sekiranya permohonan awal oleh MFL bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negera (MKN) dan juga pihak kerajaan selepas ini.

KREDIT FEATURED IMAGE: KEDAH FA

Baca lagi artikel mengenai Kedah FA:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN