Lampard Sindir Mourinho

Frank Lampard memulakan semboyan ‘perang’ dengan bekas pengurusnya, Jose Mourinho, dengan menyatakan beliau menyatakan bahawa beliau tidak akan sesekali menguruskan Tottenham Hotspur walau apa yang berlaku.

Ia ikrar yang sama dilafazkan Jose Mourinho beberapa tahun lalu ketika ditanya tentang spekulasi beliau ke kelab seteru sebandar di London, Tottenham.

Beberapa hari lalu Jose Mourinho menjawab persoalan oleh wartawan yang bertanya kenapa beliau mengubah pendirian beliau yang dilafazkan pada beberapa tahun yang lalu.

Pada 2015 Jose Mourinho pernah mendedahkan bahawa Tottenham Hotspur pernah cuba memancingnya.

Namun ketika itu Jose Mourinho menyatakan beliau tidak akan sesekali menguruskan Tottenham Hotspur kerana perseteruan kelab tersebut dengan Chelsea.

Mourinho menegaskan bahawa sebab utamanya adalah cinta dan sayangnya hanyalah kepada Chelsea dan para penyokongnya.

Walaubagaimanapun pada Selasa lalu Jose Mourinho dilantik sebagai pengurus baru Tottenham Hotspur menggantikan Mauricio Pochettino.

Dan menerusi sidang media beliau sebelum perlawanan hujung minggu ini – Jose Mourinho diajukan soalan cepu emas – kenapa beliau mengubah pendiriannya.

Mourinho menyatakan bahawa kenyataan itu dibuat sebelum beliau dipecat oleh Chelsea.

Tottenham Hotspur merupakan kelab seteru kedua selain daripada Chelsea yang diuruskan oleh Jose Mourinho di dalam kancah Liga Perdana Inggeris.

Sebelum ini beliau menguruskan Manchester United.

Frank Lampard memberikan respon kepada kenyataan Mourinho itu. Menurut Frank Lampard, jika beliau di tempat Jose Mourinho beliau tidak akan sesekali berubah pendirian.

Oleh itu Frank Lampard yakin beliau tidak akan menguruskan Tottenham Hotspur walaupun apa yang berlaku.

“Tanpa berniat tidak menghormati Tottenham Hotspur, saya tidak akan sama sekali menguruskan pasukan mereka.”

“Dan kamu boleh memainkan semula rakaman [temuramah] ini pada 10 tahun akan datang sekiranya saya berubah pendirian. Namun perkara itu tidak akan sama sekali.”

https://twitter.com/iChelseaApp/status/1197928000303640579?s=19

Chelsea akan turun berhadapan dengan Manchester City dalam aksi EPL pada minggu ini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram