Lampard Nafi Persengketaan Sehingga Berlakunya Mogok Punca David Luiz Ke Arsenal

Frank Lampard menegaskan keputusan melepaskan David Luiz tidak ada kaitan dengan kuasa oleh pemain. Pemain dari Brazil itu melengkapkan perpindahan ke Arsenal pada hari terakhir jendela perpindahan dan ia mengejutkan ramai pihak.

Namun Lampard menjelaskan perpindahan tersebut diputuskan kerana ‘keperluan bola sepak’.

Skuad kendalian Lampard sedang bersiap sedia untuk berhadapan Manchester United di Old Trafford pada Ahad – yang juga merupakan penampilan pertama bekas pemain itu sebagai pengurus di Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Saya cuba membentuk sebuah skuad kepada imej yang saya mahukan. Saya tidak bermaksud David [Luiz] bukan sebahagian daripadanya. Tetapi setiap hari saya harus membuat keputusan. Ini bukan mengenai hal menunjukkan kuasa. Ia mengenai melakukan sesuatu dengan cara yang betul,” ujar Lampard.

“Perkara terakhir yang saya mahu lalukan ialah untuk melihat ke belakang dan kemudian berharap saya telah melakukan perkara berlainan.

“Ia adalah antara keputusan yang perlu dilakukan setiap hari. Jika ia dilihat sebaliknya daripada luar [kelab], maka ia bukan begitu. Keputusan tersebut [melepaskan Luiz] dilakukan berkaitan kepada keperluan bola sepak.

Arsenal membayar £8 untuk David Luiz dan Lampard menegaskan pemain itu tidak mogok untuk memaksa perpindahan tersebut.

“Kami berbincang beberapa minggu lalu. Ia adalah perbincangan yang amat jujur kerana saya mengenali David dengan amat baik.

“Hasil perbincangan tersebut, maka diputuskan beliau akan berpindah. Tidak pernah ada perkara berkaitan mogok yang berlaku. Saya mahu ia jelas.

“Kami juga tidak melalui perbalahan pendapat. Ia adalah perbincangan yang jujur. Sebagai pemain, saya sentiasa menghormati kejujuran dari seorang pengurus tanpa mengira apa pun perkhabaran yang diterima.

“Dan saya mendapat perkara yang sama dari David, dan beliau akhirnya memutuskan untuk menyertai Arsenal. Tidak ada sebarang mogok yang berlaku.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram