LaLiga Pula Kena Tangguh Kerana COVID-19

Kerjasama Semuanya BOLA

Selepas Serie A mengumumkan akan menangguhkan liga sehingga 3 April 2020, kini giliran LaLiga pula mengumumkan langkah sama.

Menurut kenyataan rasmi LaLiga di laman web mereka, dua minggu perlawanan akan datang akan ditangguhkan.

Dengan wabak penularan COVID-19 di Sepanyol sudah mencatat 2,200 kes, tuga pihak – LaLiga, Persatuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) dan persatuan pemain profesional – telah bermesyuarat di Las Rosas, Madrid bagi membincangkan cadangan untuk menggantung dua minggu perlawanan akan datang.

Kes menjadi serius selepas seorang pemain bola keranjang Real Madrid, yang berkongsi kompleks latihan sama (Ciudad Real Madrid) dengan pasukan bola sepak, telah disahkan positif mempunyai penyakit COVID-19.

Susulan insiden ini, Real Madrid telah bertindak menutup kompleks latihan mereka. Semua pemain dan staf Los Blancos wajib menjalani proses kuarantin di rumah masing-masing selama 15 hari.

Arahan kuarantin ini juga bermakna perlawanan UEFA Champions League antara Real Madrid menentang Manchester City pada hari Selasa (awal pagi Rabu waktu Malaysia) nanti akan ditangguhkan juga.

LaLiga turut memberitahu akan menilai situasi semasa selepas habis tempoh kuarantin yang dijalani kelab-kelab yang terlibat dan beberapa kemungkinan situasi yang akan terjadi.

Real Madrid, yang kini berada di tangga kedua LaLiga, dijadualkan melayan kunjungan Eibar pada awal pagi Sabtu waktu Malaysia pada mulanya. Ketika ini semua aktiviti media sebelum perlawanan telah pun dibatalkan.

Wabak COVID-19, yang kini telah diumumkan sebagai pandemik, telah menyebabkan penangguhan banyak aktiviti sukan di seluruh dunia.

Baca juga artikel kami mengenai impak wabak COVID-19 kepada bola sepak Eropah:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply