Lahirkan Lebih Ramai Safawi Rasid!

Safawi Rasid Malaysia Indonesia 4

Bekas pemain bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir mahukan lebih ramai pemain berkualiti setanding Safawi Rasid dihasilkan.

Dalam laporan Berita Harian, beliau mahu lebih ramai pemain seperti Safawi kerana kualiti yang ada pada beliau menjadikan pemain itu sebagai tonggak tempata terbaik negara kita ini.

“Hanya Safawi Rasid sahaja yang ada kualiti tinggi ketika ini. Yang lain masih lagi jauh ketinggalan, termasuklah Akhyar Rashid.”

“Pemain perlu lebih bekerja keras dan juga tidak mudah putus asa selepas pemain naturalisasi dibawa masuk.”

Menurut Jamal lagi, dengan adanya kehadiran pemain naturalisasi seperti Liridon Krasniqi dan juga Mahmadou Sumareh diharap ianya dapat membantu skuad negara mencapai keputusan yang positif di peringkat antarabangsa.

Akan tetapi, Jamal berharap tindakan mengambil pemain naturalisasi ini hanyalah bersifat sementara bagi memperoleh keputusan jangka pendek dan bukannya untuk selamanya.

“Bagi jangka panjang, kita perlu berikan pendedahan kepada pemain muda supaya nanti apabila tiba masanya, kita tidak lagi perlu untuk bergantung kepada pemain naturalisasi lagi.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN