Lagi Insiden Pemain Bergaduh Sesama Rakan Sepasukan, ‘Lawan Tepuk Tangan’!

Kita tinggalkan sebentar kekecohan di Etihad Stadium malam kelmarin. Rasanya semua maklum mengenai dua kad merah dilayangkan kepada Manchester City di saat-saat akhir permainan.

Pep Guardiola kemudian meminta maaf di atas insiden itu.

Perlawanan EFL Championship antara Sheffield Wednesday menentang Preston North End dikejutkan dengan satu insiden tidak dijangka. Dua pemain Preston, iaitu Eoin Doyle dan Jermaine Beckford bergaduh di atas padang.

Mengingatkan kita kepada insiden Kieron Dyer dan Lee Bowyer ketika di Newcastle.

Berbalik ke cerita Doyle dan Beckford, pergaduhan itu berlaku pada minit 90 ketika mereka cuba merapatkan skor 2-1.

Eoin Doyle dibuang padang kemudian diikuti Jermaine Beckford. Gol gagal dijaringkan, kad merah dilayangkan kepada kedua-dua mereka. Pasukan pula tewas! Pasti penyokong tuan rumah tertawa dengan gelagat mereka!

shwpre

Komen pengurus Preston

Pengurus Preston, Simon Grayson menyifatkan tindakan dua pemainnya sebagai memalukan. Beliau memaklumkan BBC bahawa selama 30 tahun sebagai pemain dan pengurus, saya tidak pernah mengalami situasi sebegini.

“Saya telah bercakap dengan mereka di bilik persalinan dan mereka meminta maaf. Namun ia tidak merubah fikiran saya. Saya berharap isu ini tidak akan berlaku lagi (pada masa hadapan).”

Kedua-dua pemain ini bakal digantung 3 perlawanan.

Imbas kembali

ade

Kejadian seumpama ini berlaku kedua dalam tempoh setahun selepas Callum Kennedy dan Adebayo Akinfenwa bertekak. Ketika itu berlaku sewaktu perlawanan final play-off League Two musim lalu.

Ianya ketika perlawanan di antara AFC Wimbledon menentang Plymouth Argyle. Kedua-dua pemain ini bermain untuk AFC Wimbledon. Akhirnya, Adebayo menjaringkan penalti untuk gol kedua AFC Wimbledon.

Mujurlah mereka tidak dilayangkan kad. Tetapi kedua-dua pemain ini dilepaskan oleh AFC Wimbledon. Callum Kennedy kini bermain untuk Leyton Orient sementara Adebayo Akinfewa kini bersama Wycombe Wanderers.

Mereka berdua tidak dapat bermain di liga divisyen lebih baik bersama Wimbledon, sebaliknya kekal di divisyen sama (League Two). Malang betul!

Jadi, elakkanlah bergaduh di dalam padang terutama sekali dengan rakan sepasukan!

Baca juga : 5 Tips Untuk Melakukan Cubaan Gol (Shooting) Dalam Futsal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN