Lagenda V. Saravanan ‘The Flying Silverman’, Penyerang Sayap Sensasi Yang Digeruni

Dia adalah nama penting dalam revolusi Karl Heinz Weigang di Perak. Pemain lincah ini memiliki 13 caps kebangsaan.

Kami memberikan gelaran The Flying Silverman kepada beliau inspirasi daripada The Flying Dutchman yang merujuk kepada seorang pemain sayap yang laju dan licik dari Belanda.

Oleh kerana beliau lebih signifikan dengan pasukan Perak, jadi kami memilih terma Silverman untuk beliau.

Karier Awal

Bakat ini mula dikesan daripada kejohanan Piala Dunia Remaja Kuala Lumpur 1997 yang merupakan antara kejohanan paling ramai melahirkan jaguh dunia dalam pentas bolasepak.

Antaranya Juan Riquelme, Trazeguet, Owen, Zalayeta, Scaloni, Cambiasso, Pablo Aimar, Jamie Carragher, Tarik Sektioui dan ramai lagi.

Masihkah anda Ingat, Piala Dunia Remaja FIFA Bawah-20 pada Tahun 1997? Tahun Malaysia telah Dipilih menjadi tuan rumah.

Pembangunan karier beliau memang sangat baik dari peringkat remaja. Beliau berjaya menjadi pemain utama dalam pasukan Perak pada usia muda di bawah kendalian Karl Heinz Weigang.

Pada tahun 1998, Saravanan sudah menikmati musim cemerlang bersama Perak dan membantu pasukan tersebut menjuarai Piala Malaysia yang pertama dianjurkan di Stadium Bukit Jalil yang serba moden ketika itu.

Namun begitu, selepas larangan penggunaan pemain import oleh FAM selepas itu, Saravanan meningkatkan lagi pengaurh beliau di arena domestik.

Antara sumbangan paling signifikan beliau adalah malam final Piala malaysia 2000. Pada malam tersebut Saravanan menjadi instrumen penting untuk mencipta peluang berterusan kepada Khalid Jamlus.

Khalid Jamlus berjaya menjaringkan gol pertama. Saravanan melengkapkan malam gemilang duo lagenda Khalid-Sara dengan jaringan kedua untuk Perak menang 2-0 pada final tersebut.

Saravanan juga menjadi pemain penting dalam skuad Piala Tiger 2004 (Kini Piala AFF Suzuki). Gandingan beliau dengan Khalid mulai dilebarkan ke peringkat senior kebangsaan.

Antara perlawanan yang kita ingati adalah aksi beliau dalam perlawanan terakhir perinngkat kumpulan dalam kejohanan tersebut.

Malaysia ada misi wajib menang ke atas jagoan Asia Tenggara, Thailand selepas permulaan hambar dalam kejohanan tersebut.

Di kala ramai tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada Malaysia untuk mara ke pusingan kalah mati, duo prolifik Khalid-Sara telah berjaya menghasilkan gol kemenangan selepas ketinggalan 0-1.

Khalid Jammlus yang menjaringkan gol penyamaan telah menemui sentuhan kedua menerusi tandukan bebas hasil daripda umpanan kemas V. Saravanan.

Corak Permainan

V. Saravanan adalah antara definisi kepdap penyerang sayap ataupu wing forward. Pada ketika ini, Malaysia lebih ramai pemain sayap tradisional

Saravanan terkenal dengan skil dan larian deras dari bahagian sayap untuk memecah masuk ke dalam kotak penalti sama ada untuk mencipta peluang dengan kreativiti ataupun cuba melakukan jaringan dengan kemampuan penyudah yang baik.

Sara (nama timangan) adalah seorang penjaring gol tambahan (extra goalscoring ) yang sangat boleh diharapkan.

Ramai peminat bola sepak tanah air ketika itu mengagumi kemampuan beliau kerana cara permainan bola sepak moden beliau.

Bagi kita yang menonton, Saravanan adalah pemain yang cukup watchable dan menghiburkan. Beliau seorang artis dan penghibur di atas padang selain daripada pemain bola sepak.

Setiap kali menerima bola, kakinya terlalu semula jadi untuk menggerakan bola tersebut. Saravanan juga dikenali dengan keupayaan beliau untuk menjadi‘game changer’.

Halangan Dalam Karier

Dalam karier beliau, Saravanan memiliki rekod kecederaan yang agak teruk dan beterusan. Setiap kali beliau cuba bangkit, setiap kali itu juga kecederaan itu kembali.

Prestasi V. Saravanan akhirnya menurun mendadak. selepas meninggalkan Perak. Impak kecederaan menyebabkan Saravanan cuma mampu memanfaatkan peak beliau sekitar 5 tahun.

Kita seakan-akan tidak ada penyelesaian yang lebih baik untuk membantu beliau mengekalkan tahap fizikal untuk beraksi lebih lama.

Bersara

V. Saravanan menggantung but beliau pada 2011, pada usia hanya 33 tahun. Beliau kini terlibat dalam bidang kejurulatihan untuk pemain muda dan sedang berkelana di Finland.

Sepanjang karier beliau, Saravanan lebih signifikan dengan pasukan Perak. Beliau turut pernah menyarung jersi beberapa pasukan lain termasuk Kuala Lumpur.

Saravanan turut meminta kami berkongsi gambar beliau dengan putera cilik beliau untuk paminat-peminat beliau.

saravanan

Kami berharap agar V. Saravanan berjaya dalam karier kejurulatihan beliau. Siapa tahu beliau mungkin akan kembali ke kancah bola sepak Malaysia sebagai jurulatih pasukan liga Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN