Lagenda Sebenar Kedah Kembali Dipanggil Ke Skuad Kebangsaan, Lagenda ‘Ciplak’ Tersisih

Baddrol Bakhtiar Liridon Krasniqi lagenda hidup lagenda ciplak kedah

Lagenda hidup Kedah, Baddrol Bakhtiar kembali dipanggil ke kem skuad kebangsaan, sementara lagenda ‘ciplak’, Liridon Krasniqi pula telah disisih oleh pengendali, Tan Cheng Hoe untuk panggilan Oktober depan.

Ia kejutan terbesar dalam senarai panggilan kali ini apabila Baddrol Bakhtiar kembali ke kem skuad kebangsaan selepas kali terakhir menyarung jersi skuad negara dalam aksi persahabatan pada November 2019, ketika berdepan Tajikistan. Dalam aksi itu, beliau tampil dalam kesebelasan utama di posisi tengah.

Liridon Krasniqi pula tersisih untuk kem kali ini selepas tampil beraksi ketika pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 pada Jun yang lalu. Beliau telah meraih empat kaps setakat ini selepas panggilan sulungnya pada Jun.

Mengapa istilah lagenda sebenar dan lagenda ‘ciplak’ dipakai? Masih ingat kejadian kira-kira tiga tahun lalu?

Ia bermula dengan kenyataan perpisahan Liridon Krasniqi kepada skuad Hijau Kuning dengan kata-kata, “Kepada semua keluarga Kedahku, dengar di sini elok-elok, ini legenda kamu, Matdon bercakap.” Ia bukan sahaja menerima pelbagai reaksi daripada penyokong Kedah, malah ia turut menarik perhatian pemilik JDT.

DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atau Tunku Mahkota Johor (TMJ) dipetik berkata yang tidak pernah ada pemain yang mengangkat dirinya sebagai lagenda pasukan. Ia sesuatu yang diraih bukan disebut sendiri.

Ini merupakan kenyataan TMJ kepada kenyataan Liridon Krasniqi yang mungkin dilihat agak keterlaluan:

“Saya tak pernah lihat lagi pemain bola sepak mengiktiraf diri mereka lagenda.

“Seorang lagenda itu akan memberikan inspirasi, lagenda memenangi trofi, lagenda tak akan menyalahkan orang lain, dan lagenda tak akan bergaduh dengan rakan sepasukan.

“Dan lagenda Kedah yang sebenar ialah Baddrol Bakhtiar.”

Dan artikel ini bukanlah mahu membandingkan antara keduanya. Baddrol Bakhtiar jelas adalah lagenda hidup Kedah yang sepanjang kariernya bersama Kedah, sementara Liridon Krasniqi pula pernah berbakti di Kedah.

Cuma tahapnya belum lagi mencapai taraf lagenda buat negeri Jelapang Padi itu. Liridon Krasniqi telah membantu Kedah untuk menjuarai saingan Liga Premier 2015 dan kembali ke saingan Liga Super 2016.

Selain itu, beliau meraih kejuaraan Piala FA 2017 dan Piala Malaysia 2016 sepanjang empat musim di sana.

Ketika ini, Liridon Krasniqi berada di JDT bersama TMJ, namun beliau masih gagal untuk memecah masuk secara tetap ke dalam skuad utama Harimau Selatan. Beliau baru sahaja pulang daripada kelab yang bersaing di A-League, Australia dan dijangka akan kembali dipinjamkan pula ke Indian Super League musim ini.

Sementara Baddrol Bakhtiar pula terus berbakti bersama Kedah sejak musim 2006 dan melalui naik turun dalam saingan Liga Malaysia. Pada musim ini, beliau merupakan penjaring terbanyak tempatan untuk Liga Super dengan tujuh gol peribadi. Panggilan skuad kebangsaan adalah hadiah terbaik buat dirinya tahun ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN