El-Clasico Lagenda, 3 Assist Ronaldinho Termasuk No Look Pass Assist

Semalam berlangsung perlawanan el-clasico lagenda melibatkan lagenda Barcelona dan lagenda Real Madrid yang berlangsung di Beirut, Lubnan.

Ironinya, el-clasico sebelum ini dimenangi oleh Barcelona dengan 2-3 di Bernabeu. Kali ini Barcelona menang 3-2 sekali lagi menerusi aksi lagenda mereka.

Antara lagenda yang menyertai aksi ini adalah Ronaldinho, Simao, Gianluca Zambrotta, Francesco Coco, Eric Abidal dan Edgar Davids untuk Barcelona.

Manakala lagenda seperti Anelka, Roberto Carlos, Fernando Morientes, Christian Karembeu dan Savio bermain untuk Real Madrid.

Antara yang mencuri tumpuan adalah aksi magis Ronaldinho dengan 3 bantuan gol dan salah satu daripadanya dilakukan dengan gaya signature beliau no look pass.

Saksikan rangkuman perlawanan di sini.

Menurut laman rasmi Barcelona, lagenda Barca akan berhadapan dengan Lagenda Manchester United di Camp Nou pada 30 Jun hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN