Media Perancis Melaporkan Alexandre Lacazette Setuju Menyertai Arsenal, Pecah Rekod Perpindahan Ozil

Iklan

Media sukan Perancis, Telefoot melaporkan pemain Lyon, Alexandre Lacazette bersetuju untuk menyertai Arsenal dalam perjanjian bernilai £47 juta. Ini sekaligus menjadi rekod perpindahan temahal dalam sejarah Arsenal.

Rekod sebelum ini dipegang oleh Mesut Ozil ketika Arsenal membayar £42 juta kepada Real Madrid pada 2013.

Ramai penganalisis merasakan pembelian Lacazette ini bersifat serampang 2 mata. Selain daripada memperkasakan skuad yang sedia ada, ia juga boleh dijadikan langkah untuk mengatasi impak kemungkinan besar Sanchez akan dijual.

Ini selepas pemain antarabangsa Chile tersebut masih belum menandatangani sebarang kontrak lanjutan di Arsenal.

Wakil Sanchez dijangka akan memuktamadkan isu ini selepas tamat Piala Konfederasi 2017. Claudio Bravo sebelum ini memberikan bayangan kepada wartawan di Russia bahawa beliau sedia bergabung dengan Sanchez di Manchester City.

Ini menguatkan lagi spekulasi Sanchez bakal bergabung semula dengan Pep Guardiola di Manchester City. Beberapa bulan lalu Guardiola berkata;

“Jika anda ada peluang untuk bekerjasama dengan pemain seperti Sanchez, mengapa tidak anda melakukannya?”

Ianya selepas wartawan bertanya sama ada City berminat dengan Sanchez yang masih belum menandatangani sebarang komitmen baru di Arsenal. Sebelum itu Guardiola memuji Sanchez sebagai pemain berkelas dunia.

Lacazette antara pemain yang telah lama berada dalam radar Arsenal. Namun sebelum ini Lyon tidak mahu melepaskan pemain ini.

Lacazette sudah menjaringkan 129 gol daripada 275 penampilan untuk Lyon. Musim lalu adalah musim yang paling produktif dengan 37 gol daripada 45 perlawanan.

Lacazete juga memenangi Anugerah Pemain Tahunan Ligue 1 pada 2014/15 selepas menjaringkan 31 gol daripada 40 penampilan.

Arsenal dilaporkan telah menghantar tawaran kontrak 5 tahun untuk penggempur berbisa ini. Namun buat masa ini, media rasmi Arsenal masih belum mengumumkan akan hal ini.

Sama-sama kita nantikan.

Sumber/rujukan:

Sports Bible : http://www.sportbible.com/football/news-transfers-breaking-lacazette-to-sign-for-arsenal-in-53-million-deal-20170702

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram