La Liga: Mallorca Hanya Perlukan 1 ‘On Target’ Untuk Tewaskan Real Madrid

Iklan

Real Madrid menderita kekalahan pertama dalam La Liga pada musim ini. Real Madrid telah dikejutkan oleh Real Mallorca di Son Moix.

Kekalahan ini turut membuatkan Real Madrid kini dipintas oleh Barcelona yang naik ke tangga teratas. Barcelona menang 0-3 ke atas Eibar dalam aksi semalam.

Keputusan ini juga menyaksikan ia merupakan kekalahan pertama Real Madrid di tangan Mallorca sejak 2009.

Real Mallorca hanya melakukan 1 percubaan tepat dalam perlawanan ini. Dan percubaan itu berjaya memberikan mereka gol kemenangan yang sangat berharga.

Lago Junior menjaringkan gol kemenangan Mallorca pada minit ke-7. Junior melencongkan bola cantik melepasi Courtois.

Rekod Courtois dengan Real Madrid terus buruk dengan melepaskan bolos 80 gol daripada 60 perlawanan. Courtois yang kembali cergas daripada sakit. Beliau kembali menjadi pilihan utama Zinedine Zidane.

Real Madrid mengusai 63% bola dalam aksi ini. Karim Benzema melakukan percubaan yang terkena palang. Pemain gantian, Rodrygo Goes pua mempersia-siakan peluang keemasan untuk pasukannya.

Malang berganda buat Real Madrid apabila Alvaro Odriozola diperintah keluar padang pada minit ke-74. Ianya selepas pemain itu melakukan bentesan kotor ke atasΒ Iddrisu Baba.

Mallorca berjaya memastikan 3 mata di dalam genggaman mereka. Ini juga merupakan kemenangan ketiga Mallorca musim ini. Menaikkan mereka ke tangga ke-14 dalam carta liga.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram