La Liga: Jaringan Lewat Aspas Buat Barcelona Tercicir Mata Lagi

Iago Aspas Barcelona

Gol penyamaan penyerang Celta Vigo, Iago Aspas menerusi sepakan percuma pada hujung perlawanan memudarkan harapan Barcelona untuk mempertahankan kejuaraan La Liga selepas perlawanan berakhir 2-2.

Sekalipun Barcelona naik ke puncak La Liga ketika ini dengan mengumpul 69 mata, Real Madrid boleh kembali memintas dan mengatasi mereka dengan kelebihan dua mata sekiranya berjaya menewaskan Espanyol dalam perlawanan yang dijadualkan pada Ahad.

Gerrard Pique nyaris meletakkan pasukannnya di depan hanya selepas enam minit perlawanan bermula, namun tandukan kencangnya hasil hantaran dari sepakan sudut hanya terkena palang gol.

Namun ianya ditebus dengan gol pendahuluan Luis Suarez yang menanduk hantaran dari sepakan percuma Lionel Messi pada minit ke-20.

Penyerang Rusia, Fedor Smelov kemudian menyamakan kedudukan lima minit selepas bermula babak kedua dengan mudah menolak masuk hantaran Okay Yokuslu hasil gerakan serangan balas pantas.

Tetapi Luis Suarez sekali lagi meledak gol untuk meletakkan pasukannya di depan pada minit ke-67 dengan Messi sekali lagi menjadi penyumbang jaringan dalam perlawanan ini.

Peluang yang dimilik Celta Vigo menerusi sepakan percuma pada minit-minit akhir diterjemah dengan sempurna oleh Iago Aspas yang membuat rembatan rendah dan menuju tepat ke penjuru kanan gawang mengatasi penjaga gol Barcelona, Marc-Andre Ter Stegen yang hanya terpaku.

Celta nyaris memperoleh gol kemenangan pada masa kecederaan, namun nasib menyebelahi Ter Stegen kerana percubaan jarak dekat Nolito tepat menuju ke arahnya.

Dalam temubual selepas perlawanan, Suarez jelas kecewa dengan keputusan tersebut dan berharap pesaing terdekat mereka, Real Madrid gagal mencatat kemenangan dalam perlawanan seterusnya.

“Saya gembira dengan dua gol yang dijaringakan, tetapi keseluruhannya saya kecewa dengan keputusan perlawanan. Kami tercicir dua mata penting dan masih banyak perkara yang perlu diperbaiki,” ujar Suarez.

Celta kini menduduki tangga ke-16 La Liga dengan mengumpul 34 mata, lapan mata dari zon penyingkiran.

Kredit Foto: Getty Images

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Barcelona:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN