La Liga: Barcelona Menang Bergaya, 2 Gol Spektakular Dan 2 Kad Merah

Barcelona menang dengan bergaya ke atas Sevilla di Nou Camp. Ini selepas Barcelona berjaya mencatatkan kemenangan 4-0 ke atas pasukan Sevilla, yang dibimbing oleh bekas pengurus Real Madrid, Julen Lopetegui.

Barcelona turun dengan misi untuk mengejar Real Madrid dalam carta liga.

Luis Suarez menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-27 dengan aksi akrobatik. Suarez menerima hantaran Nelson Semedo dan melakukan libasan cantik dari dalam kotak penalti.

Selepas itu, Barcelona menambah 2 lagi gol menerusi Arturo Vidal dan Ousmane Dembele, masing-masing pada minit ke-32 dan juga ke-35. Sekaligus membunuh perlawanan ini seawal yang mungkin.

https://twitter.com/i/status/1180931227836178432

Bersambung babak kedua, giliran Lionel Messi membuka akaun gol beliau di La Liga musim ini dengan sepakan percuma yang spektakular.

https://twitter.com/i/status/1180946399623557122

Walaubagaimanapun, pesta Barcelona sedikit calar apabila 2 pemainnya dilayangkan kad merah.

Pemain yang melakukan debut, Ronald Araujo diperintah keluar padang keranan kekasaran ke atas Javier Hernandez. Satu lagi kad merah diterima oleh Ousmane Dembele, kerana mempertikaikan keputusan pengadil.

Barcelona menang 4-0. Kemenangan ini membolehkan Barcelona kini berada di tangga ke-2 La Liga dengan beza hanya 2 mata daripada pendahulu, Real Madrid.

Sevilla di tangga ke-6, selepas mengalami kekalahan ketiga mereka musim ini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram