Kylian Mbappe Jaring Gol Dalam Debut Bersama PSG

Kylian Mbappe menjaringkan gol pertamanya untuk Paris Saint-Germain (PSG) ketika permain berusia 18 tahun itu tampil dalam perlawanan pertama buat kelab baharunya itu dalam kemenangan 5-1 ke atas Metz.

Pemain yang dianggarkan bernilai £165.7 juta jika Mbappe berpindah secara tetap daripada Monaco pada musim panas akan datang, beraksi dengan cemerlang apabila bergandingan dengan pemain termahal dunia dari Brazil, Neymar Jr dan juga Edinson Cavani.

(Photo by Dave Winter/Icon Sport)

Pasukan tercorot Ligue 1, Metz bagaimanapun berjaya mempertahankan kedudukan jaringan 1-1 sehinggalah pemain pertahanan mereka, juga bekas pemain pertahanan Tottenham Hotspur, Benoit Assou-Ekotto diarahkan keluar padang oleh pengadil.

Layangan kad merah kontroversi oleh pengadil Sebastien Desiage terhadap Assou-Ekotto turut melibatkan insiden dengan Kylian Mbappe. Ia juga merupakan titik tolak kebangkitan PSG dalam perlawanan tersebut.

Kylian Mbappe menjaringkan gol pendahuluan perlawanan untuk PSG dalam perlawanan tersebut selepas Edinson Cavani meletakkan PSG di hadapan.

Kedudukan perlawanan kemudian disamakan oleh Emmanuel Riviere untuk Metz mengikat kedudukan jaringan pada 1-1.

(Photo by Dave Winter/Icon Sport)

Gol jaringan Neymar, gol kedua peribadi Cavani dan juga jaringan pemain gantian Lucas Moura melengkapkan kemenangan 5-1 PSG di halaman lawan.

Kekalahan tersebut bermakna Metz hanya memperoleh 1 mata setakat ini dalam saingan Ligue 1.

Juara Ligue 1 musim lalu, Monaco berpeluang untuk menyamakan kedudukan mata dengan PSG di puncak liga pada malam ini apabila berkunjung ke Nice.

Sehingga 5 perlawanan Ligue 1 setakat ini, PSG jelas menunjukkan kesungguhan mereka untuk merampas kembali kejuaraan Ligue 1 daripada Monaco.

PSG sudah pun menjaringkan 19 gol dan hanya melepaskan 3 jaringan untuk menguasai puncak Ligue 1 dengan 15 mata.

AFP PHOTO / Patrick HERTZOG (Photo credit should read PATRICK HERTZOG/AFP/Getty Images)

Walaupun kehilangan beberapa tongak utama kepada pasukan lain sepanjang jendela perpindahan musim panas yang lalu. Monaco jelas masih kompetitif dengan mencatat 4 kemenangan daripada 4 perlawanan setakat ini.

Tanpa Mbappe, mereka jelas masih produktif di hadapan gawang lawan dengan menjaringkan sejumlah 14 gol dan hanya melepaskan 4 gol untuk berada di tangga ke-2 Ligue 1.

Paris Saint-Germain dan juga Monaco. Dua pasukan berbeza prinsip, namun dijangka tetap akan bersaing hebat dalam merebut kejuaraan Ligue 1 pada musim ini.

Sumber:

1. Jonathan Johnson, ESPN FC (2017): Kylian Mbappe revels in scoring for ‘best in France’ Paris Saint-Germain; http://www.espnfc.com/paris-saint-germain/story/3199242/kylian-mbappe-scores-in-psg-win-as-he-joins-up-with-best-in-france

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN