Kylian Mbappe Dedahkan Mengapa Beliau Tolak Tawaran Arsenal, Terkenangkan Pengalaman Di Chelsea

Kylian Mbappe

Prospek muda Perancis, Kylian Mbappe yang dipinjamkan ke Paris Saint-Germain telah diraikan dalam satu majlis yang diadakan di Parc des Princes. Dalam pada itu, Mbappe menjelaskan bahawa beliau telah menolak tawaran dari Arsenal.

Mbappe merupakan sasaran utama Arsene Wenger bagi memperkuatkan kelab tersebut untuk menghadapi saingan Liga Perdana Inggeris dan Liga Europa musim ini.

Namun bintang sensasi yang menyerlah ketika membantu Monaco memenangi Ligue 1 musim lalu berkata berpindah ke London bukanlah perancangan beliau sebaliknya mahu terus kekal di Perancis dan memilih untuk berpindah ke PSG secara pinjaman hingga penghujung musim.

”Ya, saya telah berjumpa dengan Arsene Wenger, seorang pengurus yang hebat,”jelas Mbappe. Beliau mempunyai reputasi yang hebat disini (Perancis), seorang yang sangat dihormati dan cukup arif bagaimana untuk membangunkan pemain muda.”

”Ini merupakan pilihan yang sebenar buat saya, tetapi sudah semestinya PSG menjadi pilihan utama saya. Saya telah menimbang keburukan dan kebaikan setiap kelab tetapi keluarga telah memberitahu saya bahawa saya perlu membuat keputusan buat diri saya.”

”Keputusan yang dibuat merupakan keputusan jangka panjang, jadi saya memilih untuk kesini (PSG) bagi membangunkan bakat saya.”

Pernah menjalani sesi pemilihan bersama Chelsea

Kylian Mbappe mempunyai pengalaman bersama bola sepak Inggeris sebelum bergelar pemain profesional apabila menjalani sesi pemilihan selama seminggu di Chelsea dan disitu beliau berjumpa pemain yang sama bertutur dalam bahasa Perancis seperti Didier Drogba dan Florent Malouda.

Pemain antarabangsa Perancis itu mengakui kemudahan yang dimiliki Chelsea adalah “dunia baru” buatnya ketika itu berbanding kelab amatur yang disertainya, AS Bondy.

“Jadi itu adalah penjelajahan sebenar buat saya. Saya datang dari kelab saya, sebuah kelab amatur. Ia adalah dunia yang baru.

”Ia adalah satu pengalaman yang menyeronokkan. Chelsea adalah sebuah kelab besar dan hebat yang pertama saya lawati.”

“Saya dapat bertemu dengan beberapa pemain pasukan utama seperti Drogba dan Malouda dan mengambil gambar dengan mereka.”

Mbappe bersama pasukan Chelsea B-12 memakai jersi bernombor 10 tertulis nama ‘Kylian’.

Ketika itu beliau bergandingan di bahagian serangan bersama Tammy Abraham yang kini dipinjamkan ke Swansea City dan Jeremie Boga, pemain tengah Perancis yang dipinjamkan ke Birmingham City.

“Kami bermain menentang Charlton dan kami menang tujuh atau lapan gol tanpa balas,” kata Mbappe kembali mengingati kenangan seketika bersama Chelsea.

Kini pada usia 18 tahun, PSG telah mendapatkan beliau secara pinjaman dari Monaco dengan pilihan untuk perpindahan secara tetap pada musim hadapan dengan nilai €180 juta.

Satu keadaan yang bakal menjadikan beliau sebagai pemain kedua termahal di dunia dalam sejarah perpindahan pemain.

Pinjaman itu dilaksanakan oleh PSG bagi mengelakkan daripada kelab tersebut dikenakan sebarang tindakan peraturan Financial Fair Play (FFP).

Sumber :

Goal (2017) – http://www.goal.com/en-gb/news/i-met-with-arsene-wenger-mbappe-reveals-he-rejected-arsenal/8bc8mc5zft6f19otxs09f7uxb

Express (2017) – http://www.express.co.uk/sport/football/850858/Kylian-Mbappe-Chelsea-Trial-Paris-Saint-Germain-Transfer-News-Rumours-Gossip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram