Kyle Walker Akan Beraksi Untuk Totenham Hotspur Musim Hadapan?

Tottenham Hotspur melalui kempen yang hebat pada musim lalu. Ia adalah pencapaian terbaik mereka dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Walaupun gagal memintas Chelsea untuk bergelar juara, pengalaman musim lalu telah memberikan keyakinan buat anak buah Mauricio Pochettino dan juga penyokong Spurs untuk kempen musim hadapan.

Tidak hairanlah pemain daripada kelab London ini menjadi sasaran kelab-kelab besar yang lain terutama dari pesaing mereka.

Eric Dier dikatakan sedang diintai oleh Jose Mourinho. Terbaru, Kyle Walker telah melengkapkan perpindahan ke Manchester City dengan nilai perpindahan £54 juta.

Tatkala pesaing yang lain sedang sibuk memperkemaskan barisan pemain masing-masing, Pochettino menunjukkan perwatakan tenang.

Kehadiran Walker pada musim lalu adalah signifikan kepada kehebatan Totenham. Tetapi siapakah penggantinya di posisi beg kanan?

Jawapannya: Kyle Walker!

Ya. Anda tidak tersilap baca. Kyle Walker-Peters adalah pemain yang mempunyai nama yang hampir serupa dengan Kyle Walker yang telah berpindah ke Manchester City.

Di sebalik nama yang seakan-akan sama, Kyle Walker-Peters (kiri) adalah individu yang berbeza. Mari kita kenali pemain ini dengan lebih dekat.

(Photo by Jan Kruger/Getty Images)

Di manakah posisi Walker?

Seperti Walker yang akan beraksi di City pada musim hadapan, Walker-Peters juga beraksi sebagai bek sayap  di sebelah kanan pasukan Totenham.

Kyle Walker-Peters turut boleh beraksi di posisi sayap kanan.

Bagaimanakah corak permainannya?

Walker-Peters dibentuk oleh Akademi Tottenham Hotspurs sebagai seorang bek sayap moden.

Dalam erti kata lain, Walker-Peters punyai kebijaksanaan dan cenderung untuk menyerang, punyai larian yang sering mencari ruang pada masa yang tepat dan sering berada pada posisi terbaik untuk melancarkan gerakan berbahaya.

Kemahiran menggelecek adalah aset utama Walker-Peters. Ini membolehkan pemain muda ini melepasi beberapa pemain lawan pada satu-satu masa.

(Photo by Tottenham Hotspur FC/Tottenham Hotspur FC via Getty Images)

Corak permainan mirip siapa?

Walker-Peter mungkin kurang pantas berbanding dengan Kyle Walker yang telah ke Etihad dan ini adalah aspek yang boleh diperbaiki serta dipertajamkan oleh beliau.

Disebalik kekurangan itu, pemain ini mempunyai kemahiran berfikir di atas padang yang luar biasa untuk pemain lain yang sebaya dengannya.

Corak permainan Walker-Peters lebih mirip kepada corak permainan Leighton Baines (gambar bawah) atau pun Pablo Zabaleta.

Selain daripada keupayaannya untuk berada di tempat yang tepat pada ketika yang betul, Walker-Peters juga berkebolehan melakukan hantaran tepat (killer pass) yang memudahkan rakan sepasukan untuk menghasilkan jaringan.

(Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Berapa lamakah Walker-Peter sudah bersama Totenham?
Peter menyertai Totenham pada usia 16 tahun, menandatangani kontrak profesional bersama kelab London itu pada 1 Julai 2013.

Sejak menyertai jelajah pra musim di Malaysia dan Australia pada 2015, Walker-Peter telah dikenali sebagai seorang prospek di pasukan peringkat umur kelab tersebut.

Sehingga kini, Walker-Peters telah melakukan 58 penampilan di peringkat Profesional Development League dan juga UEFA Youth League.

Kyle Walker-Peters juga merupakan anggota skuad Totenham Hotspur yang bersaing dala pertandingan FA Youth Cup. Bagaimanapun, kemaraan mereka terhenti apabila tewas 5-4 kepada Chelsea di peringkat separuh akhir.

Pada Januari lalu, Kyle Walker-Peters diberikan kontrak baharu oleh pengurusan Totenham Hotspur yang akan mengikat beliau di White Hart Lane sehingga 2019.

(Photo by Scott Barbour/Getty Images)

 

Karier Antarabangsa?

Kyle Walker-Peters telah mewakili pasukan kebangsaan England untuk peringkat umur bawah 18, bawah 19 dan bawah 20. Maknanya, saingan di peringkat antarabangsa bukanlah asing buat pemain berusia 20 tahun ini.

Malah, Walker-Peters juga merupakan salah seorang anggota skuad England Bawah 20 yang bergelar juara dunia selepas muncul juara Piala Dunia Bawah-20 di Korea Selatan pada Jun lalu.

Walker-Peters diberikan kepercayaan oleh Paul Simpson untuk beraksi dalam kesebelasan utama sepanjang kejohanan tersebut.

(Photo by Alex Morton – FIFA/FIFA via Getty Images)

 

Apakah prospek Walker-Peters bersama Totenham Hotspur?

Walker-Peters sudahpun dipanggil ke skuad utama Totenham Hotspur. Musim lalu dia adalah pemain simpanan dalam perlawanan EPL menentang Bournermouth.

Walker-Peters turut disenaraikan oleh Pochettino di bangku simpanan dalam saingan Piala FA untuk perlawanan menentang Aston Villa dan Wycombe.

Walker-Peters sudah pun bersama skuad utama Pochettino ketika sesi latihan sejak musim lepas. Kini posisi bek kanan itu kosong sejak perpindahan Kyle Walker.

Jelas Walker-Peters akan bersaing dengan Kieran Tripper untuk posisi tersebut pada musim hadapan.

Rumusan

Mauricio Pochettino adalah pengurus yang mempunyai rekod cemerlang dalam mengetengahkan pemain muda ke dalam skuad utama Totenham Hotspur.

Kyle Walker telah berpindah ke Manchester City.

Bagi anda yang merupakan penyokong Totenham Hotspur di Malaysia, sila bertenang. Mauricio Pochettino masih punyai seorang lagi Kyle Walker dalam skuadnya.

Apa punyai pendapat tentang pemain ini? Kami ingin mendengar sendiri daripada penyokong Totenham Hotspur dan EPL di Malaysia. Sila coretkan pendapat anda di ruangan komen.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN