Kyle Walker: Kesihatan Lebih Penting Berbanding Fikir Tamatkan Liga

Kyle Walker

Pemain pertahanan Manchester City, Kyle Walker tanpa berselindung mahukan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali bersambung tetapi dalam masa sama turut menegaskan bahawa terdapat perkara lain yang lebih penting untuk difikirkan pada ketika ini.

Tonggak skuad kebangsaan England berusia 30 tahun itu menyifatkan soal kesihatan adalah perkara utama selepas dunia dikejutkan dengan serangan wabak COVID-19. Keadaan yang menyebabkan bola sepak hampir di seluruh dunia ‘lumpuh’ buat seketika.

”Bola sepak perlu mengambil langkah ke belakang kerana pada ketika ini, itu [isu perjalanan liga] adalah perkara yang paling kurang penting dalam minda semua orang dalam kancah bola sepak ini.”

”Kesihatan ahli keluarga dan ahli keluarga orang lain adalah yang paling penting,” ujar pemain yang beraksi di posisi pertahanan kanan itu kepada Goal.

”Tetapi, saya berharap dan saya pasti juga harapan kepada semua orang, bola sepak akan kembali dan kami boleh menamatkan saingan musim ini.”

”Tetapi sekiranya ia tidak berlaku, orang ramai pastinya akan memahami bahawa kesihatan orang ramai adalah lebih penting daripada permainan ini,” tambah Walker lagi.

Musim ini bukanlah satu kempen yang begitu baik buat Manchester City apabila mereka gagal meneruskan rentak cemerlang selepas muncul juara dua musim berturut-turut . Prestasi yo-yo dipamerkan telah memberikan peluang buat Liverpool mendahului EPL dengan jarak mata yang cukup jauh.

Selain itu, The Cityzens turut berdepan hukuman digantung selama dua musim daripada menyertai Liga Juara-Juara Eropah susulan melanggar peraturan kewangan ‘Fair-Play’.

Kredit foto: Shaun Botterill/Getty Images

Baca artikel lain mengenai Kyle Walker:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply