Kyle Walker Adalah Pautan Lemah England, Kata Wenger

Arsene Wenger menyatakan pandangan beliau tentang pertahanan England. Beliau berpendapat pasukan England harus sedar bahawa Kyle Walker adalah pautan lemah (weakest link) dalam pasukan mereka ketika bertahan.

England antara pasukan yang dalam mood terbaik dalam Piala Dunia kali ini selepas menang 2 perlawanan awal dengan cemerlang. Mereka membelasah Panama 6-1 dalam perlawanan kedua.

Ramai yang kagum dengan pendekatan taktikal England yang lari daripada tipikal gaya Inggeris. Mereka fluid dan memiliki kreativiti serta kepantasan dalam serangan balas.

Bercakap kepada BeIn Sports, bekas pengurus Arsenal itu risau dengan Kyle Walker yang diarahkan Southgate bermain di bek tengah kanan dalam sistem bek bertiga England.

Dalam perlawanan pertama, Walker melakukan kesilapan pertahanan yang membawa kepada penalti lawan. Wenger berkata:

“Walker bukannya pemain pertahanan sejati (Wenger merujuk kepada Walker adalah pemain offensive minded) terutama sekali dia bukan bek tengah.”

“Beliau boleh melakukan kesilapan defensif pada bila-bila masa dan risiko itu tidak sama dengan ketika dia bermain di bek kanan.”

Wenger lebih suka dengan idea meletakkan Eric Dier di peranan Walker, ini kerana pemain itu serba boleh. Dier boleh bermain di mana-mana peranan pertahanan dengan baik.

Namun Wenger hairan kenapa Dier masih belum diturunkan buat masa ini?

“Dier boleh bermain di bek tengah dan juga di bahagian tengah. Saya tak pasti kenapa Dier masih belum digunakan langsung setakat ini.”

England sudah mengesahkan kemaraan ke peringkat 16 pasukan akhir. Namun masih perlu membuat perhitungan dengan Belgium untuk menentukan siapa juara kumpulan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN