KVL M4: Red Spade United, Shah Alam Celtic Bazir Peluang Untuk Buntu Seri 1-1

Red Spade United dan Shah Alam Celtic terikat 1-1 di sebalik perlawanan minggu ke-2 KVL M4 yang menyaksikan kedua-dua pasukan menyerang satu sama lain dengan agresif.

Kedua-dua pasukan galak menyerang tetapi peluang jelas untuk menjaringkan gol jarang-jarang terjelma. Celtic sepatutnya sudah menjaringkan gol pada minit ke-7 jika tidak kerana kecekapan penjaga gol Red Spade.

Hantaran lintang rendah Ahmad Khairul Zaki berjaya menemui sentuhan penyudah Muhd Quwaidir di far post. Tetapi penjaga gol Red Spade, Afiq Rahimi berjaya menyelamatkan percubaan Quwaidir dengan hadangan badan yang baik.

Kesilapan penjaga gol Celtic pada minit ke-17 pula sepatutnya sudah membuahkan gol kepada red Spade. Lylia Hafiy berjaya menewaskan penjaga gol Red Spade, Shahruddin Lazim dalam situasi 1v1 berikutan kesilapan Shahruddin. Mujur ada seorang pertahanan Celtic menyelamatkan keadaan.

Bagaimanapun di sebalik usaha baik pertahanan Celtic tersebut, Ilham Hakim gagal memanfaatkan situasi keemasan tersebut kepada gol. Apabila bola terlantun kembali kepada Lylia, beliau merembat liar peluang tersebut.

Selepas 30 minit, Red Spade mempunyai peluang keemasan untuk mendahului. Lylia sekali lagi terlibat selepas larian sayap kanannya menewaskan pertahanan kiri sebelum membuat hantaran lintang yang menemui Ilham. Tetapi Ilham hanya mampu sekadar merembat tepat ke arah Shahruddin.

Selepas separuh masa kedua, Celtic mendahului. Lorongan bola Quwaidir menemui Izwan Zainon yang menanduk masuk gol pembukaan perlawanan.

Gol tersebut bagaimanapun hanya bertahan selama 10 minit.

Sepakan penjuru yang diambil oleh pemain Red Spade, Shihaam Mohd Sukri berjaya menemui kepada Shafit Mujahid Ali yang mudah menanduk gol penyamaan pasukannya.

Dengan kedudukan terikat 1-1, kedua-dua pasukan bergelut untuk menambah gol. Celtic perlu menyalahkan diri sendiri atas kegagalan tersebut terutamanya, apabila peluang 3v1 sebelum masa kecederaan berakhir apabila Ahmad Nawawi gagal mengawal bola dan menghantar bola kepada Hairy Mahmood.

Sebaliknya Nawawi membuat kekasaran terhadap satu-satunya pertahanan Red Spade. Keputusan 1-1 ini berakhir sehingga tamat perlawanan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram