KVL M4: Perlima United Halang Kebangkitan AX FC Untuk Menang 2-1

Perlima United perlu bertungkus-lumus menahan kebangkitan lawan sebelum menewaskan AX FC 2-1 dalam perlawanan minggu ke-4 Klang Valley League (KVL M4) di Stadium Mini Shah Alam.

11 minit diperlukan Perlima United untuk menjaringkan gol pembukaan – dan ianya merupakan gol yang sangat cantik. Adam Danial meledak voli separa dari jarak 25 ela untuk menewaskan penjaga gol AX, P. Surendran.

Situasi bertambah baik bagi Perlima pada minit ke-25. Pertahanan AX menjadi panik apabila hantaran lintang rendah menemui Fariez Daniel yang mencuba. Penyudah Fariez berjaya dikeluarkan pada saat-saat terakhir, tetapi bola kemudiannya mendarat ke kaki Haidir Ali Othman yang tenang menyudahkan untuk gol kedua Perlima.

Sejurus selepas gol kedua Perlima tersebut, AX boleh membalas dengan satu gol. Penjaga gol Perlima gagal menangkap kemas sepakan percuma menyebabkan bola menuju ke arah P. Teebanraj. Bagaimanapun penyerang AX itu gagal menyudahkannya apabila tandukannya sekadar singgah ke palang.

Empat minit selepas separuh masa kedua, perlawanan menjadi panas apabila pemain AX, V. Mageswaran bergasak dengan pemain Perlima, Amir Akmal – menyebabkan pengadil terpaksa memberi kad merah kepada kedua-dua pemain.

Dengan kedua-dua pasukan bermain dengan 10 orang, AX mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan intensiti pada separuh masa kedua. Hasilnya gol berjaya dicipta.

S. Thibanraj yang mengutip bola di sebelah kanan menewaskan tiga pertahanan Perlima sebelum melepaskan rembatan lencong cantik ke bahagian far post gawang gol. Percubaan tersebut berjaya menewaskan penjaga gol Perlima, Mohd Syahiran yang sedaya-upaya menepis bola tetapi gagal.

Gol AX tersebut ternyata mengubah naratif perlawanan yang secara tiba-tiba menjadi dramatik dengan serangan bertali arus dari kedua-dua pasukan. Sebagai contoh, Perlima sepatutnya kembali mendahului AX dengan dua gol jika percubaan minit ke-58 Arif Fardi berjaya disudahkan.

Empat minit pada masa tambahan, Thibanraj yang sukar dibendung pertahanan Perlima memperolehi satu lagi peluang melalui larian kencangnya di sebelah kanan. Bagaimanapun percubaannya sekadar singgah ke tiang ketika sudut rembatannya semakin mengecil.

Perlima mungkin terpaksa berhempas-pulas untuk menghalang kebangkitan AX. Tetapi ianya cukup untuk mengekalkan pendahuluan tipis mereka untuk menang 2-1.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN