Kuwait Uji Harimau Malaya

#KaranganBolaSepak

Kuwait bakal menjadi pasukan yang akan menguji Harimau Malaya dalam aksi persahabatan pada Jun hadapan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perkara itu diisahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam.

Stuart berkata, aksi perlawanan persahabatan itu penting dalam rangka persiapan pasukan Malaysia bagi mengahadapi Thailand – dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Di mana selepas itu, Malaysia akan berhadapan dengan Thailand, untuk aksi kumpulan G, di Bangkok.

Pasukan yang berada di ranking ke-147 dunia, Kuwait, sudah memberikan pengesahan kepada FAM.

Dipetik dari sumber Stadium Astro, Stuart Ramalingam berkata:

“Kami baru sahaja mendapat pengesahan daripada Kuwait yang bersetuju untuk mengadakan aksi persahabatan menentang skuad kebangsaan pada Jun depan.”

“Dan saya melihat ia satu peluang terbaik kepada ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, menilai persediaan pemain negara sebelum berlepas ke Bangkok nanti.”

Selain daripada itu, Stuart juga mengesahkan bahawa, pasikan Bahrain akan menjadi lawan dalam aksi pemanas badan pada Mac akan datang di Bukit Jalil.

Ianya adalah untuk persiapan bagi berhadapan dengan UAE pada 25 Mac, dalam aksi kelayakan. Diikuti perlawanan berhadapan dengan Vietnam, 5 hari kemudian.

Malaysia kini sedang menduduki tempat ke-2 Kumpulan G. Ini selepas Harimau Malaya cemerlang dalam aksi kelayakan lalu dan sudah mengutip 9 mata dariapda 5 perlawanan.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia layak ke pusingan akhir Piala Asia adalah pada edisi 2007. Ianya di atas tiket selaku tuan rumah bersama tiga negara ASEAN lain, termasuk Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram