Kurniawan Dwi Yulianto Dilantik Ketua Jurulatih Sabah FA

Kurniawan Dwi Yulianto kini sah dilantik sebagai Ketua Jurulatih skuad Liga Super pasukan Sabah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2020.

Perkara itu disahkan melalui ciapan Twitter peminat, yang turut memaparkan Kurniawan bersama-sama Presiden Persatuan Bola Sepak Sabag (SAFA), Datuk Peter Anthony; Setiausaha Agung SAFA, Andrew Majanggim dan pegawai-pegawai lain.

Melalui ciapan tersebut, SAFA dipercayai sudah mengesahkan Kurniawan sebagai pengendali utama skuad Tambadau di saingan Liga Malaysia 2020.

Bagaimanapun sehingga artikel ini ditulis, pelantikan Kurniawan belum diumumkan secara rasmi oleh media Sabah FA.

SAFA sebelum ini terpaksa melupakan khidmat Jelius Ating sebagai pengendali utama, selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mewajibkan ketua jurulatih bagi pasukan Liga Super perlu memiliki lesen kejurulatihan Pro A Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Kurniawan Dwi Yulianto

Jelius yang merupakan bekas pemain pasukan itu pada musim lalu berjaya membawa pasukan Sabah muncul juara Liga Premier, sekaligus melayakkan skuad Tambadau beraksi di Liga Super pada musim akan datang.

Pada kongres SAFA yang lalu, Presiden SAFA, Datuk Peter Anthony membayangkan pengendali baharu Sabah nanti adalah daripada luar negara yang memiliki lesen kejurulatihan Pro A AFC.

Beliau juga berkata Sabah akan tetap menggunakan khidmat bekas pemain berusia 48 tahun sebagai pembantu jurulatih.\

Sofie Imam Faizal bersama Setiausaha Agung SAFA, Henry Majanggim.

Kurniawan sebelum ini merupakan pembantu jurulatih kepada Indra Sjafari bersama skuad Bawa-22 Tahun Indonesia. Skuad Garuda Muda kendalian Indra dan Kurniawan berjaya mara ke perlawanan akhir, sebelum tewas 3-0 kepada Vietnam.

Dalam perkembangan lain, laporan oleh Goal Indonesia turut mendedahkan SAFA turut menyambar jurulatih kecergasan skuad Bawah-19 Tahun Indonesia, Sofie Imam Faizal dengan kontrak selama setahun.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram