Kuching Naik Pangkat Ke Liga Premier, Humban Sarawak Ke M3

Kuching FA berjaya memastikan mereka akan beraksi dalam saingan Liga Premier pada musim hadapan.

Kuching membawa tiket selaku juara Liga M3.

Play off di antara Kuching dan Sarawak ini berlangsung apabila ada penstrukturan semula dalam Liga Malaysia.

Dalam aksi yang berlangsung sebentar tadi, Kuching FA menang 3-1.

Kuching mendahului menerusi Shahran Abdul Samad pada minit ke-9.

Namun Hudson Diaz menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua.

Seterusnya, gol kedua Kuching adalah menerusi Hafis Saferi pada minit ke-77.

5 minit sebelum wisel penamat, bekas pemain Sarawak dan juga kebangsaan, Joseph Kalang Tie.

Kuching menang 3-1 dan menghumban Sarawak ke Liga M3. Kedudukan paling teruk dalam sejarah bola sepak Sarawak sejak era profesional dan semi pro.

Tahniah kami ucapkan kepada Kuching FA. Ini meruapakan kejayaan terbesar Kuching FA di dalam sejarah mereka.

Semoga Sarawak FA bangkit kembali.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram