Kuching FA Tagih Khidmat 3 Bakat Tempatan Sarawak

Sama seperti pasukan yang lain, pasukan Kuching FA turut sibuk membuat persiapan bagi MPL pada musim hadapan.

Selain daripada gigih mencari pemain berbakat dari luar, Kuching FA tetap memberikan perhatian dan peluang kepada bakat di sekitar Sarawak untuk menyertai mereka.

Lantaran, Kuching FA menagih khidmat 3 pemain tempatan untuk diserap masuk ke dalam pasujan utama Sarawak.

Kuching FA menegaskan ketiga-tiga pemain tersebut sudah dipantau menerusi liga bola sepak tempatan terutama sekali K-League.

Dalam kenyataan rasmi kelab, pasukan pasukan Kuching FA menyatakan: “Kuching FA berminat menawarkan kontrak untuk Paul Sambang, Affy Shahrul Affendi dan Andy Nicholas anak Nipen.”

“Presiden Kuching FA telah mengadakan perjumpaan bersama 3 pemain tempatan tersebut di pejabat beliau pagi tadi. Perjumpaan ini bertujuan untuk menyatakan minat untuk menawarkan kontrak kepada mereka.”

“Paul dan Affy telah dikenalpasti sepanjang penganjuran K-League LSC 2019. Masing-masing mewakili pasukan Kasika CF dan Yayasan Sarawak.”

Semoga dipermudahkan.”

Kuching FA berjaya mendapatkan slot dalam Liga Premier 2020 selepas menewaskan pasukan Sarawak FA dalam play off.

Pasukan yang turut dibarisi oleh bekas pemain kebangsaa, Joseph Kalang Tie itu mendapat tempat kedua dalam Liga M3 untuk musim 2019.

Kami di semuanyaBOLA mengucapkan selamat maju jaya kepada ketiga-tiga pemain. Satu peluang terbaik untuk mengembangkan lagi karier ke tahap profesional.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN