Kuching FA Cari Bakat Muda Di Sarawak Untuk Skuad Piala Presiden 2020

Pasukan yang baru sahaja naik pangkat ke ke liga Premier, Kuching FA menghebahkan pencarian bakat baharu untuk diserap masuk ke dalam pasukan pembangunan mereka.

Kuching FA menamatkan musim 2019 sebagai naib juara liga M3. Kuching FA kemudiannya menewaskan ‘abang’ mereka, Sarawak FA dalam play off untuk mengisi slot terakhir Liga Premier musim 2020.

Dan kini, Kuching FA sedang mencari pemain skuad Piala Presiden yang akan beraksi pada musim 2020.

Ini pastinya berita baik kepada para pemain muda di sekitar Sarawak yang mahu beraksi di kejohanan beprestij itu.

Jadi, kepada para pemain muda yang lahir pada tahun 2002 sehingga 2002, inilah peluang untuk anda menjadi pemain Kuching FA.

Dalam siaran media rasmi mereka, Kuching FA menyeru mereka yang berminat untuk hadir ke sesi pemilihan yang akan dilangsungkan pada minggu hadapan iaitu dari 9 sehingga 13 Disember 2019.

Pemain yang berjaya melepasi saringan awal ini akan melalui fasa pemilihan terakhir pada 16-20 Disember.

Kenyataan media rasmi menyatakan:

“Pemilihan Skuad Piala Presiden Kuching FA 2020 akan diadakan pada 9 hingga 13 Disember 2019 bertempat di Padang KDFA Taman Sourabaya.”

“Pemain yang lahir pada tahun 2000 sehingga 2002 dan mempunyai bakat dalam bolasepak dijemput untuk mengikuti pemilihan skuad Piala Presiden Kuching FA 2020.”

“Semua pemain dari seluruh negeri Sarawak dijemput hadir untuk mengikuti pemilihan ini.”

“Selamat berjaya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN