Kuching City, PDRM Tekad Elak Penyingkiran Dari Liga Premier

PDRM Liga Premier

Kuching City menyandarkan harapan kepada penyerang baharu, Michael Ijezie Chukwubunna untuk mencipta impak besar kepada pasukan dalam misi meraih tiga mata berdepan Terengganu II dalam aksi Liga Premier, Sabtu ini.

Menurut ketua jurulatih, Irfan Bakti, kelemahan utama pasukan yang sering menjadi punca di atas padang adalah daripada aspek penyudah yang tumpul untuk menjaringkan gol.

Justeru, bekas pengendali Terengganu ini menyifatkan kehadiran penyerang kelahiran Nigeria ini diharap dapat menutup kembali kelemahan itu bagi membantu pasukan memenangi perlawanan pada Sabtu ini.

Apatah lagi, kedudukan mereka ketika ini masih belum selamat apabila berada di tangga kelapan dan tidak boleh lagi tercicir mata untuk mengelak daripada terperosok di zon penyingkiran.

“Saya harap keputusan positif dapat diraih sebab kita dah lama tunggu liga bersambung kembali, jadi macam-macam mana pun kita kena cuba untuk mengutip seberapa banyak mata untuk kekal di Liga Premier.

“Kita tidak ambil mudah menentang Terengganu II, dan saya sedar masalah besar kami selama ini adalah susah untuk menjaringkan gol.

“Tetapi, dengan penyerang baharu yang kita ada ini menggantikan yang lama iaitu Bryan Jones, saya dapat lihat dia semakin serasi dengan pasukan ini.

“Jadi, apabila makin serasi, rasanya tiada masalah untuk kita harapkan dia dan rakan-rakan lain agar dapat menampilkan aksi terbaik pada Sabtu ini untuk meraih kemenangan,” katanya.

Dalam pada itu, pengendali PDRM, Wan Rohaimi Wan Ismail pula menjangkakan perlawanan yang lebih sukar menentang Kelantan United pada Ahad ini apatah lagi dengan perubahan pemain dan jurulatih yang dilakukan oleh lawan mereka itu.

Namun, beliau percaya barisan pemain telah melakukan tugas yang cukup baik dalam tempoh persediaan lebih dua bulan ini sepanjang Liga Malaysia berehat dan berharap dapat mengatur langkah kanan dalam perlawanan pertama selepas liga bersambung ini.

“Setakat ini saya boleh katakan pasukan memang memberikan kerjasama yang cukup baik dalam latihan walaupun dalam tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

“Jadi, momentum mereka memang tengah baik jadi saya hanya nampak sekarang pemain-pemain cukup teruja untuk menanti liga bersambung pada minggu ini.

“Kita tidak boleh jadikan prestasi pada pusingan pertama tempoh hari sebagai ukuran, dan untuk baki perlawanan ini saya anggap sebagai permulaan baru, dan sasaran kami memang ingin kutip tiga mata ke atas Kelantan United,”jelasnya.

Selain Kuching City menentang Terengganu FC II, dua lagi perlawanan pada Sabtu adalah membabitkan Kelantan yang akan berdepan Skuad Projek FAM-MSN manakala Negeri Sembilan melawan Selangor 2.

Baki dua perlawanan lagi akan berlangsung pada Ahad menyaksikan Sarawak United FC menerima kunjungan Perak II dan PDRM menentang Kelantan United. – MFL

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Faisal Halim Sedia Saingi Hakimi Sebagai ‘Anak Emas’ Nafuzi Zain?

JDT Wujudkan “Digital Collectables” Untuk Penyokong Setia Harimau Selatan

Kpah Sherman Sudah Dapat Tonik Terbaik Di Liberia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN