‘Kuburkan Sahaja Kelantan’ – Antara Reaksi Penyokong TRW Berkaitan Kutipan Derma

Felix Chidi Odili Kelantan 2020 Liga Premier

Sekali lagi Kelantan menjadi trending dek kerana masalah kewangan. Jika sebelum ini didedahkan masalah tunggakan gaji pemain seperti skuad remaja, kini masalah lebih besar telah tiba – tunggakan gaji pemain import mereka pada musim 2018 dan 2019.

Semua sedia maklum bagaimana Pulau Pinang telah menerima kesan akibat masalah yang sama melibatkan pemain import sehingga memberi kesan kepada promosi mereka ke Liga Super 2020. Natijahnya, Pulau Pinang ‘membatu’ di Liga Premier.

Pemain tersebut adalah pertahanan tengah, Cassio de Jesus yang telah membuat aduan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). Baru-baru ini, badan induk bola sepak dunia itu telah mengarahkan Kelantan menjelaskan tunggakan gajinya.

FIFA memberikan tempoh 30 hari bermula 23 April lalu untuk Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) bagi menjelaskan gaji tertunggak tersebut yang berjumlah RM629,620.28 dan berisiko untuk digantung sekiranya gagal untuk berbuat demikian.

Kelantan Derma
Kelantan derma

Oleh yang demikian, KAFA telah melancarkan kutipan derma atas talian demi menyelamatkan persatuan itu kerana pandemik COVID-19 yang sedang melanda ketika ini menyebabkan pihaknya tidak ada cara lain untuk mendapatkan dana.

Tinjauan di posting-posting berkaitan masalah ini dan juga kutipan derma yang dilancarkan menyaksikan pelbagai komentar para penyokong Kelantan dan pasukan-pasukan lain. Ada yang membantu, malah ada yang merasakan ‘cukup-cukuplah’.

Tunggakan gaji merupakan antara barah dalam bola sepak Malaysia selain isu bookie. Ia juga isu global tetapi di Liga Malaysia, saban musim kita akan mendengar isu ini dan tidak nampak penambahbaikkan daripada pasukan-pasukan yang terlibat.

Atas sebab itulah, ada yang berpendapat yang perkara pokok tidak akan selesai sekiranya membantu KAFA waktu ini. Bagi mereka, persatuan akan meminta bantuan derma dan buka tabung, setiap kali masalah ditimbulkan oleh persatuan.

Siapa yang membuat keputusan mengambil pemain import dan mengetepikan bakat tempatan? Siapa yang pilih pemain import diluar kemampuan kewangan persatuan? Itulah antara persoalan yang telah ditimbulkan oleh para penyokong.

Bukanlah tiada sifat empati atau simpati dengan nasib yang diterima mereka ketika ini, tetapi mungkin sudah ada segelintir yang mula muak dengan senario sebegini sehingga terbit perkataan seperti ‘kuburkan sahaja Kelantan’ dan ‘biar kena gantung’.

Ada juga penyokong yang menitipkan pesanan buat KAFA supaya mengambil iktibar atas apa yang berlaku dan ada juga yang turut menghulurkan bantuan kewangan termasuklah penyokong daripada pasukan-pasukan lain di Liga Malaysia.

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan,bolehlah rujuk artikel ini. Diharapkan KAFA akan dapat menyelesaikan masalah ini, disamping jika derma tersebut melebihi daripada apa yang dimahukan, selesaikanlah juga tunggakan-tunggakan gaji lain.

KREDIT FEATURED IMAGE: KELANTAN FA

Baca lagi artikel lain mengenai Kelantan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN