Kroos: ‘Sane Perlu Diberitahu Apa Untuk Dilakukan’

Toni Kroos menyatakan Leroy Sane ada potensi untuk menjadi antara pemain terbaik di dunia.

Namun Kroos menyatakan Sane memerlukan bimbingan.

Sebelum ini Pep Guardiola menyisihkan Sane dalam perlawanan menentang Newcastle.

Guardiola menyatakan buat masa ini, beliau memilih pemain dalam prestasi terbaik.

Sane masih bergelut dengan beberapa isu gerakan taktikal namun Guardiola menghargai usaha Sane untuk memperbaiki dirinya.

Leroy Sane juga disisihkan daripada skuad Piala Dunia 2018 pasukan Jerman walaupun baru memenangi Anugerah Pemain Muda PFA.

Lantas, Toni Kroos merasakan masih ada banyak kerja keras perlu dilakukan Sane untuk memastikan dia berada di prestasi terbaik.

“Dia boleh menjadi pemain berkelas dunia, namun perlukan seseorang untuk berterusan memberitahu dia apa untuk dilakukan.”

“Itu yang Pep lakukan buat masa ini dan tidak menyisihkan nama beliau daripada pasukan. Pep ingin memprovokasi Sane sedikit.”

“Jelas sekali, anda harus mencari cara untuk membolehkan beliau berada dalam prestasi terbaik.”

“Jika beliau berada di prestasi terbaik, beliau adalah pemain yang kami sangat perlukan, dengan kualiti yang beliau ada.”

“Kualiti itu adalah perkara yang sering kami cari dalam skuad kami. Dia akan memperkasakan lagi pasukan ini.”

“Dia akan memberikan kami banyak opsyen dalam permainan kami jika beliau mampu menunjukkan aksi terbaik di atas padang.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram